Maklumat kenaikan pangkat seperti prosedur dan keperluan permohonan kenaikan pangkat seperti borang boleh terus diperoleh di Sistem Pengurusan ISO UPM serta Garis Panduan dan Dokumen Kenaikan Pangkat.
Seseorang pegawai hanya layak dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya telah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.
Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan 2012) [P.U. (A) 1/2012], faktor untuk seseorang pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:
Perkara 34, Bahagian VI, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] kekananan pegawai ditentukan seperti yang berikut:
Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib akan secara langsung ada tempoh tidak layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat. Tempoh tidak layak adalah berdasarkan jenis hukuman. (Rujuk Perkara 12, Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat dalam Perkhidmatan Awam, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010).
Boleh. Pegawai yang sedang dalam siasatan tatatertib atau SPRM layak dipertimbangkan dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat dan statusnya hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat. Sekiranya pegawai berjaya dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat, keputusan adalah tertakluk kepada pegawai bebas dari sebarang tindakan tatatertib.
Tempoh sah laku calon simpanan adalah enam (6) bulan.
Prinsip yang digunapakai adalah seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 44 (1) dan 44(2) (a), (b) dan (c) - Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan 2012) [P.U.(A) 1/2012].
Gaji yang diterima oleh seseorang pegawai awam yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu dan perbezaannya hendaklah tidak kurang daripada satu (1) pergerakan gaji atas gred terdahulu.
Setiap tahun saya perlu mencapai 3 hari latihan (18 mata CPD). Keperluan ini adalah selari dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti melalui mesyuarat pada 25 Mei 2016 yang meluluskan cadangan pelaksanaan penangguhan dasar berkursus 7 hari setahun dengan pengurangan sasaran daripada 42 mata CPD (7 hari setahun) kepada 18 mata CPD (3 hari setahun).
Terdapat tiga kategori latihan yang diambil kira dalam pengiraan mata CPD iaitu;
Secara umumnya, permohonan boleh dikemukakan sama ada secara dalam talian (online) menggunakan Sistem Pengurusan Latihan (SPL) atau dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang Sistem Pengurusan Kualiti UPM.
Permohonan boleh dikemukakan kepada pihak pengurusan PTJ (sekiranya menggunakan peruntukan PTJ) atau Pejabat Pendaftar (menggunakan peruntukan latihan universiti). Kelulusan adalah tertakluk kepada keperluan, justifikasi, impak dan kemampuan kewangan PTJ/UPM.
1. Antara fungsi seksyen ini adalah:-
-Merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan urusan kemudahan perubatan staf dan pesara UPM;
Markah minimum bagi membolehkan staf mendapat pergerakan gaji tahunan ialah 60%
Tempoh ideal yang diperlukan ialah 7 hari selepas bekerja penerimaan permohonan
1. Seseorang pegawai boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah memenuhi syarat-syarat pengesahan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan seperti berikut: i. berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun; ii. hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus; iii. lulus peperiksaan perkhidmatan bagi jawatan tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan; iv. diperakukan oleh Ketua Jabatan; v. syarat tambahan PDP bagi Pensyarah Perubatan (Pelatih) Gred DU45 adalah lulus Ijazah Sarjana Kepakaran dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan vi. syarat tambahan PDP bagi Pensyarah Gred DS45 adalah memulakan pengajian di peringkat Ph.D.
Klasifikasi fail Am Universiti Putra Malaysia yang terkini boleh didapati melalui http://www.pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/20170914121622Rekod_UPM.pdf
Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Data (OPR/PEND/BR01/DATA) yang dimuat turun daripada http://reg.upm.edu.my/eISO.
Permohonan data biasa hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh data diperlukan. Manakala bagi permohonan data kompleks hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 5 hari bekerja sebelum tarikh data diperlukan.
Terdapat dua kategori pemohon iaitu :-
Skim perkhidmatan merujuk kepada satu set peraturan dan syarat yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan dalam perkhidmatan awam, termasuk universiti awam. Ia merangkumi kelayakan yang diperlukan, tugas dan tanggungjawab, struktur gaji, peluang kenaikan pangkat, dan lain-lain aspek berkaitan perkhidmatan.
Permohonan boleh dibuat dalam sistem HRPortal UPM, (Modul Pengurusan Permohonan Pengisian Jawatan PTJ).
Hanya Ketua Pentadbiran/ Pegawai Tadbir di PTJ masing-masing sahaja yang boleh membuat permohonan pengisian perjawatan PTJ.
Permohonan akan dibuka pada bulan Disember setiap tahun.
Antara kaedah/prinsip yang diguna pakai adalah seperti berikut:

Waran Perjawatan (WP) adalah dokumen rasmi yang digunakan oleh semua agensi di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk meluluskan sesuatu perubahan kepada Senarai Perjawatan Tahunan sektor awam. Ia merupakan dokumen perundangan yang memberi kuasa bagi mewujudkan, menambah, atau mengurangkan bilangan jawatan atau mengubah tangga gaji gred jawatan yang diperuntukkan di bawah sesuatu Maksud Perbelanjaan Anggaran Persekutuan dan seterusnya membenarkan bayaran gaji atau imbuhan dibuat.
Carta organisasi juga dapat menunjukkan garis tanggungjawab (lines of responsibility) skop dan bidang kawalan (span of control) antara satu peringkat kakitangan dan peringkat yang lain dalam sesebuah organisasi serta bidang tugas masing-masing.
Carta fungsi ialah rajah yang mengandungi keterangan tugas utama yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi.
Dokumen yang memperakukan perubahan jawatan awam (pewujudan/ pertambahan/ pengurangan jawatan) yang diperuntukkan di bawah sesuatu Maksud Perbelanjaan Anggaran Persekutuan kepada Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Maksud Perbelanjaan Negeri kepada Kerajaan Negeri/ Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
HRMIS merupakan satu portal Jabatan Perkhidmatan Awam yang diwujudkan untuk menguruskan urusan sumber manusia bagi agensi/ organisasi kerajaan terutama urusan perubatan di Hospital dan Klinik Kerajaan.
Tidak, sistem HRMIS hanya melibatkan pegawai bertaraf TETAP sahaja.
Permohonan set semula kata laluan boleh dibuat pada laman sesawang HRMIS https://hrmis2.eghrmis.gov.my. Sila rujuk Panduan Pengguna Set Semula Kata laluan.
Maklumat yang terkini akan dipaparkan setelah pengemaskinian disahkan oleh Pentadbir HRMIS. Sila pastikan maklumat telah dikemaskini dalam sistem HRPortal terlebih dahulu.
Deskripsi Tugas (JD) merupakan dokumen yang menjelaskan tujuan pewujudan sesuatu jawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi. Myportfolio adalah satu dokumen yang mengandungi maklumat penting berkaitan organisasi serta penjelasan mengenai elemen-elemen seperti fungsi, aktiviti, deskripsi tugas, prosedur dan proses kerja.
JD tidak perlu dipinda kerana penyediaan JD merujuk kepada jawatan bukan penyandang. Penyandang akan menggunakan JD di tempat penyandang bertukar.
Tidak dibenarkan bagi JD yang telah diluluskan. Jika terdapat perubahan skop kerja yang tidak sama dengan jawatan sedia ada (tanpa perubahan fungsi asal tujuan pewujudan jawatan tersebut), pegawai perlu berhubung dengan Pentadbiran PTJ atau Pentadbir JD di Seksyen Pembangunan Organisasi, Pejabat Pendaftar.
Ya. JD perlu dibuat semula di dalam HRPortal (Modul Putrafolio) bagi perubahan atau penambahan skop kerja.
Mengikut Peraturan 23, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 Akta 605, menjelaskan tidak hadir bertugas termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pekerja itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.
Tindakan hendaklah dimulakan sebaik-baik sahaja pegawai melakukan kesalahan tersebut tanpa menunggu sehingga jumlah hari yang mereka tidak hadir itu mencapai jumlah tertentu. Pada peringkat awal kesalahan itu dilakukan dan jumlahnya masih sedikit, pegawai tersebut sebaik-baiknya diberi nasihat dan bimbingan daripada Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia. Bagi memudahkan Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia menguruskan kes tidak hadir bertugas pegawai, Seksyen Pembangunan Organisasi juga telah menyediakan Kit Panduan Mengurus pegawai Tidak Hadir Bertugas bagi Proses Tindakan pegawai Tidak Hadir Bertugas atau Ponteng Kerja dan Dapat Dikesan yang boleh dimuatkan di laman sesawang Pejabat Pendaftar.
Antara kesannya ialah: Tindakan tatatertib akan direkodkan dalam Buku Perkhidmatan. pegawai tidak layak untuk memohon kenaikan pangkat mengikut tempoh yang ditetapkan dalam pekeliling berkaitan. Tindakan tatatertib yang dikenakan akan diambil kira dalam urusan pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, biasiswa, dan Anugerah Khidmat Cemerlang.
Pekerjaan luar merujuk kepada sebarang aktiviti atau perkhidmatan yang dilakukan oleh staf universiti di luar tugas rasmi mereka, sama ada berbayar atau tidak.
Ya, tetapi dengan kelulusan rasmi daripada pihak universiti dan tertakluk kepada peraturan serta garis panduan yang ditetapkan.
Pegawai perlu mengemukakan permohonan rasmi dengan menggunakan Borang Permohonan Pekerjaan Luar yang boleh dimuat turun di laman web Pejabat Pendaftar pada no.52 (https://pendaftar.upm.edu.my/faildokumen) Borang permohonan yang lengkap dengan pertimbangan/Penyelia/keputusan Ketua PTJ dan Aku Janji pekerjaan luar UPM hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UPM.
Staf boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk amaran, pemotongan gaji, atau tindakan lebih berat mengikut peraturan universiti dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Tidak, kecuali dengan kelulusan khas dan ia tidak boleh mengganggu tugas rasmi di universiti.
Ya. Pegawai perlu membuat permohonan semula setelah tamat tempoh 2 tahun setelah diberikan kelulusan Ketua PTJ.
Iklan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan UPM pada kebiasaannya dibuat pada bulan April hingga Jun dan di antara bulan Ogos hingga September setiap tahun.
Permohonan mestilah dibuat melalui sistem eJOBS UPM di pautan url https://ejobs.upm.edu.my berdasarkan kekosongan jawatan yang telah diiklankan. Pemohon perlu membuat pembelian no. pin untuk permohonan jawatan tersebut.
Secara umumnya, temu duga pertama bagi sesuatu jawatan yang telah diiklankan akan dipanggil selepas selesai proses saringan. Calon yang berjaya untuk ditemu duga akan dimaklumkan melalui e-mel. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada bilangan jenis jawatan yang diiklankan, bilangan permohonan dan keputusan Jawatankuasa.
Kelayakan minimum akademik bagi pelantikan jawatan di UPM ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ya. Pemegang Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) boleh dilantik tetapi terhad kepada beberapa jawatan. Jawatan berkaitan boleh dirujuk di laman sesawang portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Pemegang Sijil Asasi adalah tidak layak dilantik.
Ya. Pemegang Sijil Matrikulasi dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dilantik bagi jawatan Gred 5.
1.Bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti menepati perancangan dan dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Sebarang laporan ketakakuran (NCR) dilaporkan semasa audit. Sebarang laporan (sama ada pemerhatian atau NCR) daripada audit yang lepas, akan disemak semula ketika audit semasa bagi tindakan pencegahan dan pembetulan.
2.
Terdapat tiga jenis audit yang dijalankan oleh SIRIM iaitu Audit Pematuhan (Compliance Audit), Audit Pemantauan dan Audit Pensijilan/Pensijilan Semula. Audit-audit ini dijalankan untuk menilai semula pelaksanaan MS ISO 9001:2008. Pada masa yang sama, tujuan audit ini adalah untuk menentukan kepatuhan Sistem Pengurusan Kualiti kepada kehendak/keperluan ISO 9001:2008 serta mengesahkan pelaksanaan tindakan pembetulan yang berkesan ke atas penemuan audit terdahulu. Audit Pensijilan Semula dijalankan bagi menyemak semula perubahan SPK yang berlaku sebelum dianugerahkan sijil baharu.
1.Satu kumpulan kecil (4 hingga 10 orang) yang mewakili tempat kerja yang sama atau bersilang fungsi yang berkumpul untuk mengenal pasti masalah, menganalisis dan menyelesaikan masalah atau mencari peluang-peluang penambahbaikan kepada proses sedia ada atau/dan memperkenalkan proses, produk atau perkhidmatan yang baru dengan memberi nilai tambah kepada sistem penyampaian perkhidmatan jabatan secara kreatif dan inovatif.
2.Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.
3. Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan :
•Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik
•Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian
•Keupayaan berfikir secara praktikal dan menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.
Kemaskini:: 17/04/2025 [m_hamizan]

Bangunan Canselori Putra,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan