CUKAI PENDAPATAN | PEJABAT PENDAFTAR
» CUKAI PENDAPATAN

CUKAI PENDAPATAN

Saya telah diberikan borang Cukai Pendapatan sebelum melanjutkan pelajaran ke Luar Negara. Apakah tujuan borang tersebut ?

Taraf kemastautinan seseorang adalah ditentukan di bawah peruntukan seksyen 7 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Penjawat awam atau pegawai badan berkanun yang bukan pemastautin oleh sebab:

  1. menjalankan tugas di luar Malaysia; atau
  2. melanjutkan pelajaran di institusi atau badan profesional di luar Malaysia yang dibiayai sepenuhnya oleh majikannya,

dianggap sebagai seorang pemastautin dalam tahun asas untuk tahun taksiran itu dan tahun-tahun asas yang berikutnya semasa ketiadaannya di Malaysia.

Pendapatan daripada punca luar Malaysia yang diterima oleh seseorang dalam (a) atau (b) di atas adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan di Malaysia menurut Akta.

(Sumber dari laman web LHDN - http://www.hasil.gov.my/)

Mengikut Seksyen 83 (4) Akta Cukai Pendapatan 1967, majikan perlu memberi notis cukai tersebut kepada Ketua Pengarah dalam tempoh 1 bulan sebelum tarikh pegawai ke luar.

Kemaskini:: 26/11/2020 [syazaliyana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDcWAr~