UNIVERSITI PENGAJIAN | PEJABAT PENDAFTAR
» UNIVERSITI PENGAJIAN

UNIVERSITI PENGAJIAN

  1. Saya menghadapi masalah dengan penyelia di luar negara. Bolehkah saya menukar Universiti pengajian tetapi kekal di luar negara?

    Semua peraturan berhubung pertukaran universiti pengajian dijelaskan di dalam Panduan dan Peraturan Cuti Belajar. Permohonan pertukaran universiti pengajian perlu dihantar kepada Seksyen Cuti Belajar dengan kadar segera dengan memajukan dokumen sepert berikut:

    • Surat Tawaran Pengajian Universiti baru;
    • Surat Justifikasi permohonan pertukaran universiti;
    • Biodata penyelia yang baru;
    • Proposal penyelidikan;
    • Gantt chart pengajian terkini; dan
    • Progress Report  (jika pegawai menyambung hasil penyelidikan yang dibuat di universiti asal)

    Keputusan permohonan tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa dan Cuti Belajar (JKBCB).

      

  2. Saya menghadapi masalah dengan penyelia dan Universiti pengajian. Bolehkah saya menukar Universiti pengajian luar negara ke Universiti pengajian dalam negara?

    Boleh dipertimbangkan jika pegawai mempunyai justifikasi yang kukuh. Proses permohonan boleh merujuk kepada jawapan bagi soalan 18.1.

    Namun, perlu diingatkan bahawa jika pegawai di bawah penajaan KPM, permohonan pertukaran universiti pengajian hanya akan dipertimbangkan jika ia berlaku sebelum tahun kedua berakhir.

Kemaskini:: 26/11/2020 [syazaliyana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdUAD~