LANJUTAN CUTI BELAJAR DAN BIASISWA | PEJABAT PENDAFTAR
» LANJUTAN CUTI BELAJAR DAN BIASISWA

LANJUTAN CUTI BELAJAR DAN BIASISWA

  1. Bagaimanakah cara untuk saya memohon pelanjutan cuti belajar?

    Permohonan perlu dikemukakan tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat kelulusan cuti belajar asal atau kelulusan pelanjutan terdahulu. Dokumen asal permohonan perlu dihantar kepada Seksyen Cuti Belajar melalui Fakulti untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa dan Cuti Belajar (JKBCB).

     

  2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pelanjutan cuti belajar?

    Dokumen yang diperlukan bagi tujuan pelanjutan adalah seperti berikut :

    • Surat rasmi permohonan pelanjutan Cuti Belajar beserta justifikasi
    • Surat sokongan penyelia – Surat ini perlu menggunakan “Letterhead” Universiti pengajian
    • Surat sokongan Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti
    • Carta perkembangan pengajian atau “Gantt Chart”
    • Progress Report terkini

     

  3. Adakah saya layak diluluskan lanjutan tempoh cuti belajar dan biasiswa?

    Kelulusan adalah tertakluk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa dan Cuti Belajar. Pelanjutan bukan hak pegawai dan tidak akan diberikan secara automatik.

     

  4. Adakah saya layak menerima elaun keluarga semasa dalam tempoh pelanjutan?

    Pegawai layak dipertimbangkan untuk menerima elaun keluarga sekiranya diluluskan lanjutan pertama (6 bulan) , namun ia ini tertakluk kepada JKBCB dan kemampuan kewangan semasa.

     

  5. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan jaminan kewangan (Financial Affidavit/Guarantee Letter For Visa) selepas diluluskan pelanjutan?

    Surat jaminan kewangan akan dikeluarkan oleh penaja biasiswa (contohnya KPM) dan pegawai perlu berurusan terus dengan penaja. Bagi tujuan mendapatkan jaminan kewangan untuk keluarga, pegawai perlu membuat permohonan kepada Seksyen Cuti Belajar.

     

  6. Sekiranya tarikh akhir pengajian saya masih berbaki 6 bulan lagi untuk tamat, bolehkah saya mengemukakan permohonan pelanjutan?

    Boleh. Permohonan pelanjutan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh akhir pengajian dan jika permohonan dibuat lebih awal adalah lebih baik.

Kemaskini:: 26/11/2020 [syazaliyana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdRAQ~