PROGRAM PUTRA BAKTI | PEJABAT PENDAFTAR

» PROGRAM PUTRA BAKTI

PROGRAM PUTRA BAKTI

Program ‘Putra Bakti’ ialah aktiviti kesukarelawan yang dijalankan oleh komuniti Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk membantu masyarakat atau individu yang memerlukan bantuan sama ada di dalam atau luar negara. Penglibatan warga UPM dalam aktiviti Putra Bakti ialah satu gerakan strategik dalam pembangunan modal insan untuk mengangkat kecemerlangan kualiti hidup masyarakat. Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan pusat tanggungjawab (PTJ) yang bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti Putra Bakti dan sekali gus menjadi sekretariat Jawatankuasa Putra Bakti pada peringkat UPM. Manakala Pejabat Pendaftar UPM adalah salah sebuah PTJ yang sering bekerjasama dengan PSPK dalam menjayakan program ini. Berikut adalah beberapa program Putra Bakti yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar:

SXDBNA5~