PERMOHONAN CUTI BELAJAR | PEJABAT PENDAFTAR
» PERMOHONAN CUTI BELAJAR

PERMOHONAN CUTI BELAJAR

  1. Di manakah boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Cuti Belajar?

    Maklumat lanjut berkenaan Cuti Belajar boleh diperolehi di dalam Garis Panduan & peraturan Cuti Belajar (Bukan Akademik dan Pelaksana) yang boleh dimuat turun daripada Laman Web Pejabat Pendaftar. 

  2. Adakah kakitangan bukan akademik layak untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh secara sepenuh masa?

    Boleh. Tertakluk memenuhi syarat permohonan.

    (Nota : Rujuk Garis Panduan dan Peraturan Cuti Belajar bagi Pegawai Bukan Akademik dan Pelaksana yang boleh dimuat turun dari Laman Web Pejabat Pendaftar)

  3. Berapakah tempoh perkhidmatan yang melayakkan seseorang pegawai untuk melanjutkan pengajian?

    Sekurang-kurangnya 3 tahun perkhidmatan dan telah disahkan dalam perkhidmatan.

  4. Apakah yang perlu dikemukakan kepada Seksyen Cuti Belajar semasa dalam tempoh pengajian?

    Berikut adalah senarai yang perlu dikemukan kepada Seksyen Cuti Belajar semasa dalam tempoh pengajian :

  1. Plan of Studies(POS) 3 bulan dari tarikh memulakan pengajian.
  2. Laporan Kemajuan Pengajian (setiap 6 bulan).
  3. Kemaskini alamat surat-menyurat dan emel terkini jika ada perubahan
  4. Maklumat keluarga yang dibawa atau dihantar pulang jika ada perubahan.

Kemaskini:: 04/03/2020 [syazaliyana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEQVAz~