Kursus Membina Jaringan Dalam Kerjaya | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Kursus Membina Jaringan dalam Kerjaya

Kursus Membina Jaringan dalam Kerjaya

Serdang, 15 September – Pada zaman ledakan teknologi maklumat masa kini, keperluan untuk membina jaringan dalam dunia pekerjaan dilihat sangat penting dalam melaksanakan urusan kerja seharian.

Jaringan dengan pelbagai pihak yang berkaitan dengan urusan kerja banyak membantu dalam melancarkan perancangan sesebuah organisasi.  

Tanpa jaringan dalam kerjaya, sesebuah organisasi agak sukar untuk berkembang pesat atau meningkatkan prestasi.  

Menyedari kepentingan jaringan dalam kerjaya, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Membina Jaringan dalam Kerjaya bertempat di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM pada 15 September 2022. 

Kursus sehari ini disertai oleh 41 staf UPM yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana. 

 

Sesi perkongsian disampaikan oleh Encik Mohd Erfanishah Abdullah daripada syarikat konsultan Perfect Mastermind Solution.

Beliau berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang sumber manusia, latihan dan pembangunan, pengurusan dan pentadbiran, khidmat pelanggan, pendidik, kewangan, pemasaran dan jualan serta perhubungan awam. 

Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada staf dalam membina dan mengekalkan hubungan kerja dan/atau jaringan secara aktif untuk memajukan lagi matlamat universiti.

Selain itu, kursus ini turut memberi panduan kepada peserta tentang bagaimana untuk mengekalkan hubungan peribadi dengan mereka yang dapat memberikan maklumat berkaitan kerja daripada bahagian lain universiti.

Melalui kursus ini, peserta memperoleh pengetahuan untuk mencari kepakaran orang lain dan membangunkan jaringan dengan sumber pakar dan maklumat.

Peserta juga dibimbing dalam mencari peluang untuk rakan kongsi dan pemindahan pengetahuan, contohnya dengan melibatkan diri mereka secara aktif dalam pameran, persidangan, mesyuarat, jawatankuasa atau seminar.

Akhir sekali, penceramah kursus ini juga berkongsi panduan kepada peserta untuk membina jaringan dengan pihak yang dapat membantu pencapaian strategi universiti serta menghubungi pegawai kanan untuk mengenal pasti bidang yang berpotensi bagi kepentingan jangka panjang bersama.

 

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

Date of Input: 20/09/2022 | Updated: 20/09/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdRA3~