Taklimat Dasar Pemisah UPM Siri 1/2026 Dapat Sambutan Hangat Warga Universiti | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Taklimat Dasar Pemisah UPM Siri 1/2026 dapat sambutan hangat warga universiti

Taklimat Dasar Pemisah UPM Siri 1/2026 dapat sambutan hangat warga universiti

SERDANG, 13 Mei – Taklimat Dasar Pemisah Universiti Putra Malaysia (UPM) Siri 1/2026 yang berlangsung pada hari ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga universiti apabila berjaya menghimpunkan sejumlah 1,150 peserta secara keseluruhan.

Program yang berlangsung dari jam 2.30 hingga 4.30 petang di Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM ini telah dihadiri oleh 83 peserta secara bersemuka dan 1,067 peserta secara dalam talian.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Cik Siti Ima Munirah binti Ahmad, Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UPM yang menekankan kepentingan pemahaman berkaitan pelaksanaan Dasar Pemisah dalam kalangan warga universiti.

Seterusnya, Taklimat Dasar Pemisah telah disampaikan oleh Encik Nor Zahidi bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Unit Laporan Ketua Audit Negara dan Operasi Khas (ULKAN & OK), Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Beliau telah berkongsi penerangan menyeluruh berkaitan pelaksanaan dasar, prosedur serta implikasi berkaitan pengurusan perkhidmatan awam.

Program ini merupakan anjuran Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pejabat Pendaftar yang diketuai oleh Puan Siti Fatimah Abdul Ghani. 

Siri pertama taklimat ini memfokuskan jemputan melibatkan 28 pusat tanggungjawab (PTJ) di UPM dengan penyertaan lima orang ahli pengurusan bagi setiap PTJ.

Penganjuran program ini dilihat berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kefahaman serta kesedaran warga universiti terhadap pelaksanaan Dasar Pemisah. 

Susulan sambutan yang amat memberangsangkan, sesi taklimat ini akan diteruskan melalui siri kedua dalam masa terdekat.

 

Disediakan oleh: Siti Fatimah Abdul Ghani

Date of Input: 15/05/2026 | Updated: 15/05/2026 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
W, (10:55:08pm-11:00:08pm, 09 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]