UPM, USIM Kongsi Input Pelaksanaan Program Kepakaran Parallel Pathway | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » UPM, USIM kongsi input pelaksanaan Program Kepakaran Parallel Pathway

UPM, USIM kongsi input pelaksanaan Program Kepakaran Parallel Pathway

Serdang, 27 Oktober - Pejabat Pendaftar UPM telah berbesar hati menerima kehadiran delegasi daripada pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara dalam talian bagi perkongsian dalam pelaksanaan Program Kepakaran Parallel Pathway.

USIM diwakili oleh Puan Rohimah Abdul Rahman, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar bersama-sama dengan pegawai daripada Pejabat Penasihat Undang-undang dan pegawai yang menguruskan cuti belajar dan pelantikan di USIM. 

Manakala Pejabat Pendaftar pula diwakili oleh Encik Hamizan Wasoh @ Mohamad Isa, Ketua Seksyen Cuti Belajar dan Encik Mohammad Fakarrudeen Zulkifli, Ketua Seksyen Pelantikan.

Turut hadir Cik Nor Amierah Hamzah daripada Pejabat Penasihat Undang-undang UPM dan wakil Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM, Puan Nurul 'Aifaa Abdul Shukor dan Puan Nur Farashimah Mohd Faudze.

Dalam sesi pertemuan secara maya tersebut, kedua-dua pihak saling berkongsi input berkaitan pelaksanaan Program Kepakaran Parallel Pathway yang dijalankan oleh UPM dan USIM kepada pegawai perubatan dan juga pensyarah perubatan untuk mendapatkan kelayakan kepakaran yang diiktiraf oleh The National Specialist Register of The Malaysian Medical Council (NSR). 

Di UPM, Program Kepakaran Parallel Pathway telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada 5 April 2023 yang memberi kemudahan kepada pegawai perubatan di HSAAS UPM untuk menjalani latihan kepakaran bagi mendapatkan kelayakan kepakaran, selain daripada laluan Sarjana Kepakaran.

Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang kelayakan pegawai yang dibenarkan memohon Program Kepakaran Parallel Pathway serta ikatan perjanjian ke atas pegawai yang mendapat kemudahan untuk menjalani program tersebut. 

Memandangkan Program Kepakaran Parallel Pathway masih baharu dilaksanakan di UPM dan USIM, sesi perkongsian ini dilihat dapat memberi manfaat kepada UPM dalam merangka kemudahan latihan jangka panjang kepada pegawai perubatan di HSAAS UPM untuk mendapatkan kelayakan kepakaran.

Oleh: Hamizan Wasoh @ Mohamad Isa 

 

Date of Input: 30/10/2023 | Updated: 30/10/2023 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEdLAH~