Taklimat Pelaksanaan Dasar Pemisah UPM Tahun 2026 Siri 2 Perkukuh Kefahaman Dan Tatacara Pelaksanaan | REGISTRAR OFFICE pendaftar
» NEWS » Taklimat Pelaksanaan Dasar Pemisah UPM Tahun 2026 Siri 2 perkukuh kefahaman dan tatacara pelaksanaan

Taklimat Pelaksanaan Dasar Pemisah UPM Tahun 2026 Siri 2 perkukuh kefahaman dan tatacara pelaksanaan

SERDANG, 21 Ogos 2026 – Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan usaha untuk memperkukuh kefahaman warga universiti terhadap pelaksanaan Dasar Pemisah UPM Tahun 2026 menerusi penganjuran Taklimat Pelaksanaan Dasar Pemisah UPM Tahun 2026 (Siri 2).

Program yang berlangsung di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) ini memberi tumpuan kepada perkongsian amalan serta penerangan berkaitan pelaksanaan Dasar Pemisah UPM. 

Taklimat ini berjaya menghimpunkan sejumlah 414 peserta yang meliputi 127 orang secara bersemuka dan 287 secara dalam talian. 

Sesi taklimat dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Cik Siti Ima Munirah Ahmad sebelum diteruskan dengan sesi perkongsian bertajuk amalan pelaksanaan Dasar Pemisah UPM yang disampaikan oleh Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Ketua Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pejabat Pendaftar UPM.

Seterusnya sesi taklimat berkaitan pelaksanaan Dasar Pemisah disampaikan oleh Puan Aireen Ahmad Shahuddin, Ketua Penolong Pengarah, Unit Laporan Ketua Audit Negara dan Operasi Khas, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Bagi memberi ruang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan berkaitan dengan pelaksanaan dasar tersebut, sesi soal jawab turut diadakan. 

Penganjuran taklimat ini mencerminkan komitmen UPM dalam memastikan warga universiti mempunyai kefahaman yang jelas mengenai pelaksanaan Dasar Pemisah serta tatacara yang berkaitan, selaras dengan keperluan pengurusan sumber manusia yang sistematik dan berkesan.

Taklimat Pelaksanaan Dasar Pemisah UPM Tahun 2026 Siri 2 diharapkan dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkukuh kefahaman serta kesedaran warga UPM terhadap pelaksanaan dasar tersebut.

Program diakhiri dengan sesi penyerahan cenderamata kepada tetamu jemputan dan sesi bergambar dengan semua yang hadir.

Disediakan oleh

Siti Fatimah Abdul Ghani K.B.,P.A

Date of Input: 28/08/2026 | Updated: 28/08/2026 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
X, (09:07:20am-09:12:20am, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]