Sesi Bakat Muda UPM Bersama AKEPT | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Sesi Bakat Muda UPM bersama AKEPT

Sesi Bakat Muda UPM bersama AKEPT

Serdang, 6 April - Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) sangat berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Encik Hisyamuddin Hashim mewakili Pejabat Pendaftar menyambut ketibaan delegasi yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Pemprofilan Kepimpinan AKEPT.

Turut hadir ialah Dr. Azila Ahmad Sarkawi, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Kepimpinan dan Encik Azrul Izham Hamzah, Timbalan Pengarah, Pusat Kelestarian Kepimpinan.

Sesi Bakat Muda UPM bersama AKEPT ini bertujuan untuk mendekati kumpulan bakat muda dan berkongsi maklumat serta inisiatif yang dilaksanakan oleh AKEPT dalam membantu pihak Kementerian memperkasakan pengurusan bakat berasaskan kompetensi di peringkat UPM agar dapat dijajarkan selaras dengan keperluan di peringkat Kementerian dan nasional. 

Pada kesempatan ini juga, pihak AKEPT turut menyantuni Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan membincangkan hal berkaitan dasar dan usaha yang giat dilaksanakan oleh AKEPT dalam membantu universiti awam. 

AKEPT juga berpeluang berkongsi maklumat dan data UPM yang dipetakan di peringkat nasional kepada Pendaftar UPM, Encik Muhazam Mansor dan Pengarah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani. 

Perkongsian ini diharap akan dapat memberi pencerahan kepada pengurusan tertinggi, Pejabat Pendaftar berkaitan tanggungjawab dan peranan bersama antara UPM, AKEPT dan pihak Kementerian dalam merencanakan pengurusan bakat kepimpinan berasaskan kompetensi bagi menyahut saranan YB Menteri Pendidikan Tinggi selain memenuhi keperluan tuntutan semasa ekosistem pendidikan tinggi negara dan antarabangsa. 

Disediakan oleh: Mohd Farouq Umair Zamri 

Date of Input: 19/04/2023 | Updated: 19/04/2023 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEaMAy~