Seminar Setiausaha UPM 2022 | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Seminar Setiausaha UPM 2022

Seminar Setiausaha UPM 2022

Serdang, 04 Julai – Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Seminar Setiausaha UPM 2022 secara bersemuka di Auditorium Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM. 

Sebanyak 159 staf UPM daripada Kumpulan Pelaksana yang menjalankan tugas setiausaha menghadiri seminar sehari ini. 

Sesi seminar dimulakan dengan perkongsian daripada Prof. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat dengan tajuk “Komunikasi Interpersonal, Setiausaha Berjaya, Bos Happy”.

Seterusnya,  sesi perkongsian berkaitan dengan pengurusan stres, iaitu “Burn out? Jom Atasi Stres!” oleh Puan Rafidah Sadarudin, Pegawai Psikologi daripada Hospital Pengajar UPM.

Sesi terakhir menampilkan penceramah yang cukup popular di kaca televisyen, iaitu Pencetus Ummah (PU) Azman atau lebih dikenali sebagai CikMan dengan tajuk “Bidadari & Bidadara Pejabat dan di Rumah”.

Objektif seminar ini diadakan adalah untuk meraikan setiausaha dan memberikan tip komunikasi dan budaya kerja yang lebih berhemah dalam kalangan para setiausaha.

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

 

Date of Input: 15/07/2022 | Updated: 15/07/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXETPAy~