SANTAI SIHAT@ NASIONALfm Bersama CTF | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » SANTAI SIHAT@ NASIONALfm bersama CTF

SANTAI SIHAT@ NASIONALfm bersama CTF

KUALA LUMPUR, 5 Januari – NASIONALfm, salah satu saluran radio di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menjemput Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan, Pejabat Pendaftar sebagai Personaliti Undangan bagi slot SANTAI SIHAT. 

Sesi perkongsian motivasi secara santai ini bersiaran pada setiap Rabu jam 9.30 pagi bermula awal Januari hingga Mac 2022. 

Melalui sesi selama setengah jam bersama pakar psikologi kaunseling ini, pendengar boleh mengetahui beberapa tip kesihatan secara menyeluruh dari aspek kognitif, emotif, fizikal dan spiritual.

Slot berwajib di NASIONALfm sejak 2021 menampilkan pakar dalam bidang masing-masing untuk berkongsi maklumat bersama para pendengar.

Puan Siti Fatimah atau mesra dipanggil sebagai CTF merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang psikologi. 

Beliau sering kali dijemput sebagai penceramah bagi beberapa program motivasi yang dianjurkan dalam dan luar UPM. 

Selain itu, beliau juga kerap tampil di kaca televisyen dan siaran radio serta aktif dalam penulisan berkaitan isu semasa di dalam akhbar dan majalah tempatan.

Disediakan oleh: Nor Azila Azmi




Date of Input: 17/02/2022 | Updated: 17/02/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXERHAx~