Program Cabaran Transformasi Segak 60 Hari | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Program Cabaran Transformasi Segak 60 hari

Program Cabaran Transformasi Segak 60 hari

Program Cabaran “Transformasi Segak 60 hari” anjuran Pejabat Pendaftar, Pusat Kesihatan Universiti, Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, dan Akademi Sukan telah diadakan bermula 1 dan 7 November 2023 dengan sesi saringan peserta.

Sebanyak 73 peserta yang terdiri daripada staf UPM telah terpilih mengikuti program ini.

Pengisian program bimbingan selama 8 minggu ini merangkumi cabaran untuk menurunkan berat badan dan dimulakan dengan pengukuran komposisi tubuh (jumlah otot, lemak dan indeks jisim badan - BMI) bagi pengukuran baseline.

Seterusnya, sesi penerangan pertama meliputi topik Strategi Pemilihan Makanan, Kaedah Memenuhi Keperluan Aktiviti Fizikal dan “Energy Defisit” dalam pengurusan berat badan akan diberikan kepada peserta.

Objektif penganjuran ”TRANFORMASI SEGAK 60 HARI” ialah seperti yang berikut:

  1. Mempromosikan cara hidup sihat melalui penjagaan pemakanan dan peningkatan aktiviti fizikal khususnya untuk menggalakkan staf mempunyai tahap berat badan yang sihat/ideal;
  2. Menyebarkan pengetahuan dan amalan cara hidup sihat dalam kalangan staf; dan
  • Memotivasikan warga staf untuk mencapai berat badan yang ideal dan memberikan pengiktirafan kepada peserta yang telah berusaha sehabis baik dalam mencapai berat badan ideal.

Sesi intervensi pertama telah diadakan pada 15 November 2023 di Mini Auditorium 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dengan penyertaan sebanyak 54 orang.

Seterusnya, perjumpaan bulanan akan dilaksanakan secara dalam talian.

Pembimbing akan memberikan saranan, bimbingan dan sokongan moral untuk memastikan peserta mendapat nasihat pemakanan dan aktiviti fizikal yang betul, mengatasi halangan dan bermotivasi untuk menurunkan berat badan.

Penilaian akhir berat badan peserta dan pengukuran komposisi tubuh akan dilakukan selepas 8 minggu program, iaitu pada Januari 2024.

 

 

Date of Input: 17/11/2023 | Updated: 17/11/2023 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXFTNAX~