Program Asas Pengurusan Dan Pentadbiran Bimbing Pentadbir Laksana Tugas | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Program Asas Pengurusan dan Pentadbiran bimbing pentadbir laksana tugas

Program Asas Pengurusan dan Pentadbiran bimbing pentadbir laksana tugas

Serdang, 1 Julai  – Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Asas Pengurusan dan Pentadbiran pada 30 Jun 2021 dan 1 Julai 2021 secara dalam talian melalui aplikasi Zoom bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang. 

Program ini disertai oleh 20 staf UPM yang terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang baru dilantik dan yang sedang memegang jawatan pentadbiran di UPM. 

Pengisian program selama dua hari ini telah disampaikan oleh enam pegawai UPM yang berwibawa dan pakar dalam bidang masing-masing, iaitu Puan Suhana Md Chairi (Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar), Encik Azizi Ismail (Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar), Puan Zainora Abdul Talib (Ketua Bahagian Audit Dalam, Encik Yusri Hashim (Ketua Bahagian Kewangan, Pejabat Bursar) dan Encik Muhammad Adil Ahmad Tajuddin (Pegawai Undang-undang, Pejabat Penasihat Undang-undang). 

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta tentang aspek pengurusan dan pentadbiran UPM agar ia dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sebagai pentadbir utama di pusat tanggungjawab (PTJ) bagi memastikan pentadbiran di PTJ diuruskan dengan cekap dan efisien. 

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

Date of Input: 15/07/2021 | Updated: 15/07/2021 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDTRAu~