Pengarah PKKSSAAS Kongsi Tip, Panduan Amalan EKSA | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Pengarah PKKSSAAS kongsi tip, panduan amalan EKSA

Pengarah PKKSSAAS kongsi tip, panduan amalan EKSA

SERDANG, 28 Januari – Pihak Jawatankuasa EKSA Pejabat Pendaftar telah menjemput Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM bagi sesi perkongsian pengalaman dalam pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Sejak Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Pendaftar melalui pautan Zoom pada 21 Jun 2021, warga Pejabat Pendaftar telah beriltizam untuk membudayakan Amalan EKSA sepenuhnya pada tahun ini.

Hal ini selari dengan aspirasi Pendaftar UPM, YBrs. Encik Muhazam Mansor yang sentiasa cakna berhubung penerapan Amalan EKSA di Pejabat Pendaftar sebagai satu langkah dalam mentransformasikan budaya kerja yang progresif dan produktif serta mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih positif.

Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan inisiatif penambahbaikan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dalam usaha membudayakan kreativiti dan inovatif dalam kalangan warga sektor awam ke arah persekitaran kerja yang lebih selesa dan berimej korporat.

Dalam sesi perkongsian selama hampir 2 jam itu, Encik Husalshah tidak lokek memberikan tip serta panduan yang cukup bermanfaat kepada ahli jawatankuasa yang hadir.

Menurut beliau, adalah penting bagi pusat tanggungjawab (PTJ) untuk mengenal pasti agensi yang boleh dirujuk dan dilawati sebagai penandaarasan dalam usaha mendapatkan perkongsian dan gambaran yang lebih jelas tentang amalan terbaik EKSA.

PTJ juga perlu merancang keperluan utama dalam pelaksanaan seperti melantik jawatankuasa yang berkaitan, program kesedaran kepada staf, latihan, mewujudkan zon dan sudut tertentu, mengenal pasti kriteria penilaian dan melaksanakan audit kendiri. 

Seluruh warga PTJ termasuk pengurusan perlu bersama-sama menggembleng tenaga dan memberikan komitmen yang baik bagi memastikan pelan pelaksanaan berjalan seperti yang dirancang.

Sesi perkongsian telah diadakan di Bilik Lembaga, Bangunan Canselori Putra dengan kehadiran ahli Jawatankuasa EKSA Pejabat Pendaftar.

Date of Input: 11/02/2022 | Updated: 11/02/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXFbPAA~