Membudayakan Integriti, Akauntabiliti Dalam Perkhidmatan Awam | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Membudayakan Integriti, Akauntabiliti dalam Perkhidmatan Awam

Membudayakan Integriti, Akauntabiliti dalam Perkhidmatan Awam

Serdang, 30 Jun – Dalam usaha membudayakan integriti dan akauntabiliti dalam kalangan pekerja, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Seksyen Integriti, Bahagian Governan dan Integriti telah mengadakan sesi ceramah berkaitan isu tersebut.

Sesi ceramah bertajuk “Taklimat Integriti dan Akauntabiliti dalam Perkhidmatan Awam” telah disampaikan oleh Ketua Seksyen Integriti, Bahagian Governan dan Integriti, Pejabat Pendaftar, Puan Nurhaslinda Karim bertempat di Bilik Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM.

Penganjuran sesi ceramah tersebut oleh Bahagian Korporat dan Latihan Staf, PSAS bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan prinsip dan nilai integriti penjawat awam dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada organisasi dengan sasaran peserta terdiri daripada Pegawai Perpustakaan. 

Sesi ceramah tersebut mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan kehadiran sebanyak 55 orang staf PSAS.

Program ini sangat penting untuk memupuk kesedaran terhadap bahaya rasuah dan memastikan persekitaran kerja UPM bebas rasuah, di samping berkongsi ilmu tentang peraturan yang berkuat kuasa sama ada melibatkan proses di Pejabat Pendaftar mahupun di Pejabat Bursar.

Melalui perkongsian penceramah dalam program ini, peserta dapat mengetahui contoh isu berkaitan integriti serta didedahkan berkenaan pematuhan peraturan yang berkuat kuasa di UPM. 

Disediakan oleh: 

Marni Kasim

Date of Input: 30/08/2022 | Updated: 30/08/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDcUAm~