Kursus Syoknya Bekerja! Urus Minda Cipta Kejayaan | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Kursus Syoknya Bekerja! Urus Minda Cipta Kejayaan

Kursus Syoknya Bekerja! Urus Minda Cipta Kejayaan

Serdang, 14 Disember  – Bekerja menuntut kita untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab dengan sepenuh komitmen. 

Untuk meraih prestasi kerja yang berkualiti dan memberi impak terhadap organisasi, kita perlulah mempunyai semangat kerja yang tinggi dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik.

Dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang positif dan pekerja yang proaktif, Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Syoknya Bekerja! Urus Minda Cipta Kejayaan diadakan melalui platform Zoom pada 14 Disember 2021.

Seramai 29 staf UPM pelbagai jawatan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Pelaksana telah menyertai kursus selama satu hari ini. 

Sesi perkongsian disampaikan oleh pensyarah kaunseling daripada Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM iaitu Dr. Muhammad Asyraf Che Amat.

Dalam kursus ini, penceramah menerangkan cara memahami peranan sebagai pekerja/staf untuk terus memberi sumbangan ke arah meningkatkan prestasi dan kualiti tugas dalam organisasi.

Katanya, hal tersebut meliputi perincian seperti membentuk matlamat perubahan diri yang lebih dinamik, sistematik dan berkesan, dan memberi sumbangan yang bermakna dalam memaju dan mencemerlangkan organisasi menerusi peningkatan prestasi kerjaya dan kualiti kehidupan. 

Selain itu, staf juga akan lebih bersemangat menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja dan melakukan anjakan paradigma terhadap diri, organisasi, rakan sekerja dan kerjaya.

Disediakan oleh: Nazreen binti Padzoldad

Date of Input: 27/12/2021 | Updated: 27/12/2021 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXFbPAA~