SERDANG, 18 Mei – Kemahiran berkomunikasi merupakan elemen penting yang perlu ada dalam diri semua staf di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menyedari keperluan kemahiran tersebut, Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UPM telah menganjurkan Kursus Komunikasi Efektif Teras Organisasi untuk staf UPM secara dalam talian.
Perkongsian kursus selama satu hari ini telah disampaikan oleh Dr. Mardian Omar Shah, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Penyertaan kursus melibatkan sebanyak 79 staf daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik dan Bukan Akademik) serta Kumpulan Pelaksana.
Dalam perkongsiannya, Dr. Mardian telah berkongsi tip untuk berkomunikasi dengan baik, antaranya dengan menggunakan bahasa yang jelas dan berfakta ketika berkomunikasi.
Selain itu, peserta juga perlu menggunakan sebutan dan intonasi yang sesuai serta tidak gopoh dan memastikan tahap pemahaman dan interpretasi ketika berkomunikasi.
Kesimpulannya, penguasaan kemahiran berkomunikasi dapat membina kebolehan diri dan mewujudkan rasa hormat kepada kita, seterusnya mewujudkan peluang yang lebih baik dalam kerjaya dan organisasi.
Disediakan oleh: Rafiza Ahmad
Date of Input: 10/06/2022 | Updated: 10/06/2022 | mohd.hasrul
Chancellery Putra Building,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan