Etika Dan Integriti Jati Diri Staf UPM | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Etika dan Integriti Jati Diri Staf UPM

Etika dan Integriti Jati Diri Staf UPM

SERDANG, 1 April – Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Kursus Etika dan Integriti pada 1 April 2021 secara bersemuka bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Kursus ini melibatkan seramai 27 peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) gred 41 ke atas dan juga Kumpulan Pelaksana.

Kursus sehari ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang telah dikendalikan oleh Encik Norazlan Mohammed, iaitu Ketua Bahagian Governan dan Integriti, Pejabat Naib Canselor dengan dibantu oleh Puan Nurhaslinda Karim, Ketua Seksyen Integriti, Pejabat Naib Canselor.

Objektif kursus ini adalah untuk peserta mengetahui dan memahami nilai teras (core value) UPM. Kursus ini juga menjelaskan maksud dan prinsip integriti dan menjelaskan kepentingan dan kesan integriti dalam kalangan penjawat awam. 

Sehubungan itu, peserta diharap dapat mempamerkan etika dan integriti dalam menjalankan tugas mereka seharian.

Peserta kursus berpendapat bahawa perkongsian penceramah semasa kursus ini adalah sangat baik, bermanfaat, pengalaman yang menyeronokkan dan menjadi teladan yang baik. 

Cara penyampaian oleh penceramah juga sangat menarik apabila beliau menggunakan situasi sebenar sebagai contoh.

Disediakan oleh: Abdul Rahman Jaafar

Date of Input: 03/05/2021 | Updated: 03/05/2021 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdCAV~