‘Creative Tools’ Tingkat Kecekapan Organisasi | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » ‘Creative Tools’ tingkat kecekapan organisasi

‘Creative Tools’ tingkat kecekapan organisasi

Serdang, 13 September – Kreativiti dan inovasi merupakan elemen yang penting dalam penambahbaikan sesebuah organisasi. Kedua-dua elemen ini boleh membantu staf menjana idea yang unik dan menarik ke arah mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Mengambil kira kepentingan elemen kreativiti dan inovasi dipupuk dalam kalangan staf, Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menganjurkan Kursus Kreativiti di Tempat Kerja (Lanjutan) secara dalam talian melalui aplikasi Zoom bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 

Kursus ini disertai oleh 56 staf UPM pelbagai bidang jawatan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Pelaksana. Penceramah kursus adalah pegawai yang berkelayakan dan profesional daripada INTAN iaitu Encik Mohd Apandi Aini dan Dr. Norasyikin Shaikh Ibrahim.

 

Dalam kursus ini, penceramah menerangkan konsep untuk meningkatkan pengetahuan lanjutan dalam teori dan konsep kreativiti dan inovasi bagi penambahbaikan, menyelesaikan masalah serta mencipta perkhidmatan atau produk baharu menggunakan 'creative tools'. Konsep ini adalah untuk meningkatkan kecekapan organisasi dalam tempoh tiga bulan setelah staf menamatkan latihan dan boleh mengaplikasikan teknik kreatif dan inovatif bagi membuat penambahbaikan, menyelesaikan masalah serta mencipta perkhidmatan atau produk baharu di tempat kerja menggunakan ‘creative tools’.

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

Date of Input: 27/09/2021 | Updated: 27/09/2021 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdOAJ~