Bicara Kemerdekaan Bersama Warga PSAS | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Bicara kemerdekaan bersama warga PSAS

Bicara kemerdekaan bersama warga PSAS

SERDANG, 6 September - Pegawai Psikologi Kanan, Pejabat Pendaftar, Puan Siti Fatimah Abdul Ghani telah dijemput oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) bagi sesi perkongsian dalam program Bicara Kemerdekaan: Keluarga Malaysia Teguh Bersama. 

Program ini adalah simbolik bagi sambutan Bulan Kebangsaan 2022 yang bertujuan untuk menghayati tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia melalui penerapan nilai motivasi, kebersamaan dan kesyukuran dalam setiap individu. 

Peserta program ini terdiri daripada 50 staf PSAS dalam kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana. 

Sesi perkongsian beliau yang turut dikenali sebagai Kaunselor CTF selama 2 jam ini menampilkan aktiviti ringkas secara metafora untuk membangkitkan kefahaman yang lebih mendalam secara tersirat. 

Penganjuran program ini ialah untuk menerapkan kefahaman dalam kalangan pegawai berhubung kepentingan erti kemerdekaan yang mendalam dari segi psikologi, emosi, spiritual dan tingkah laku. 

Selain itu, objektif program ini juga adalah untuk melatih komunikasi yang berkesan dalam kalangan pegawai yang mempunyai pelbagai latar belakang dan seterusnya meningkatkan motivasi mereka untuk bekerja dengan lebih komited. 

Ceramah kemerdekaan ini bukan sekadar kupasan berhubung isu patriotisme malahan turut pengendalian sesi tersebut dalam suasana ekspresif dan kreatif cukup memikat hati peserta. 

 Disediakan oleh: Puan Siti Fatimah Abdul Ghani 

Date of Input: 12/09/2022 | Updated: 12/09/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDcSAw~