Audit Kendiri EKSA Pejabat Pendaftar 2022 | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Audit Kendiri EKSA Pejabat Pendaftar 2022

Audit Kendiri EKSA Pejabat Pendaftar 2022

SERDANG, 23 Ogos – Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) terus komited dalam pembudayaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan melaksanakan Audit Kendiri EKSA yang merupakan keperluan bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja.

Anugerah ini adalah salah satu anugerah yang dipertandingkan sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan Tahun 2022 UPM.

Juruaudit yang dilantik oleh Pusat Jaminan Kualiti untuk mengaudit Pejabat Pendaftar terdiri daripada Puan Marziati Md Din (Bahagian Audit Dalam) dan Cik Nur Syafinaz Shaari (Pusat Antarabangsa).

Kedua-dua juruaudit dibantu oleh ahli Jawatankuasa Audit EKSA Pejabat Pendaftar, iaitu Encik Ahmad Mokhtar Abdullah, Encik Shahrul Raziz Shaharil, Encik Mohd Aliff Jaafar dan Cik Siti Hajar Arifen. 

Mesyuarat pembukaan audit pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Puan Suhana Md Chairi, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia merangkap Pejabat Pendaftar. 

Dalam ucapan pembukaannya, Puan Suhana mengalu-alukan kehadiran kedua-dua juruaudit untuk menjalankan pengauditan EKSA.

Menurut beliau lagi, warga Pejabat Pendaftar telah memberikan komitmen yang baik dan pihak pengurusan sentiasa menyokong pembudayaan amalan EKSA. 

Beliau turut menyatakan harapan agar hasil dapatan audit kendiri tersebut dapat membantu dalam menambah baik persekitaran dan kualiti penyampaian perkhidmatan di Pejabat Pendaftar.

Seterusnya, para juruaudit diiringi ahli Jawatankuasa Audit EKSA Pejabat Pendaftar melaksanakan proses pengauditan meliputi seluruh zon di Pejabat Pendaftar, iaitu Zon Jabir Ibn Hayyan (Bahagian Pembangunan Sumber Manusia – HRD), Zon Ibn Khaldun (Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia – HRS), Zon Umar al-Khattab (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia – HRM) dan Zon Abu Bakar as-Siddiq (Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, dan Bahagian Governan dan Integriti).

Warga Pejabat Pendaftar telah memberikan kerjasama yang baik kepada para juruaudit sepanjang proses pengauditan dijalankan.

Keputusan bagi pemenang Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja akan diumumkan semasa Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan Tahun 2022 UPM pada 6 Disember 2022.

Disediakan oleh: Nor Azila Azmi

Date of Input: 21/09/2022 | Updated: 21/09/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEUUAA~