Audit Dalaman Pejabat Pendaftar | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Audit Dalaman Pejabat Pendaftar

Audit Dalaman Pejabat Pendaftar

SERDANG,11 Ogos – Pejabat Pendaftar UPM telah menjalani Audit Dalaman QMS dan ISMS pada 11 hingga 13 Ogos 2021. Audit selama 3 hari ini diadakan buat pertama kalinya secara ‘remote audit’ (audit tidak bersemuka) berikutan peningkatan kes COVID-19 yang cukup membimbangkan di kawasan Lembah Klang.

Pelaksanaan audit norma baharu ini menggunakan kemudahan ICT bagi mendapatkan penemuan audit dan menilai tahap kepatuhan organisasi. Ia merangkumi semua proses audit iaitu perancangan, pelaksanaan dan penyediaan laporan audit. Skop audit meliputi proses kerja di Pejabat Pendaftar melibatkan pengurusan, sokongan dan operasi sokongan perkhidmatan.

Sesi audit diketuai oleh Juruaudit UPM, Puan Azarizam Ali daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dengan dibantu oleh juruaudit PTJ iaitu Encik Azizi Ismail (Ketua Bahagian Pembangunan Manusia), Encik Abdul Rahim Utar (Ketua Bahagian Perkhidmatan Manusia), Cik Siti Ima Munirah Ahmad (Ketua Seksyen Saraan dan Prestasi), Puan Siti Khadijah Ahmad (Ketua Seksyen Latihan), Puan Siti Maryam Othman (Ketua Seksyen Kenaikan Pangkat), Puan Siti Fatimah Abdul Ghani (Ketua Seksyen Intervensi), dan Puan Zaimawati Mustapha (Ketua Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerjaan). 

Turut membantu dalam proses pengauditan ini ialah Puan Salnisah Salleh, Encik Shahrul Raziz Shaharil, Puan Norain Rosli, Cik Siti Nur Alifah Abdul  Rahman dan Puan Siti Nadirah Mat Na’ain. Manakala bagi Audit ISMS pula diketuai oleh Puan Rosliza Ibrahim daripada Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) dan dibantu oleh Cik Noremy Busu, Ketua Seksyen Pembangunan Organisasi.

Mesyuarat pembukaan audit melalui aplikasi Zoom pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Puan Suhana Md Chairi, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia merangkap Timbalan Wakil Pengurusan Pejabat Pendaftar. Beliau merakamkan penghargaan kepada Encik Johar Md Lajis, Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan yang juga merupakan Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen yang banyak membantu dalam pengurusan ISO di Pejabat Pendaftar. Seterusnya beliau memberikan taklimat ringkas berhubung struktur organisasi Pejabat Pendaftar, fungsi dan peranannya kepada Ketua Juruaudit.

Puan Azarizam dalam ucapannya pula menyatakan tujuan audit dalaman ini dilaksanakan adalah untuk membetulkan atau memberi idea bagi menambah baik proses kerja yang dilakukan dalam sesebuah PTJ. Hasil penemuan audit dapat membantu persediaan PTJ menghadapi Audit SIRIM pada Disember 2021.

Disediakan oleh: Nor Azila Azmi

Date of Input: 24/09/2021 | Updated: 24/09/2021 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
CUMDFAv:05:08