Akauntabiliti Staf Wajib Dalam Pengurusan Organisasi | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Akauntabiliti Staf Wajib dalam Pengurusan Organisasi

Akauntabiliti Staf Wajib dalam Pengurusan Organisasi

SERDANG, 30 Mac – Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Kursus Akauntabiliti dalam Pengurusan pada 30 Mac 2021 secara bersemuka bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Kursus ini melibatkan seramai 27 peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) gred 41 ke atas.

Kursus sehari ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan telah dikendalikan oleh Puan Zainora Abdul Talib, Ketua Bahagian Audit Dalam dengan dibantu oleh dua staf beliau iaitu Encik Mohd Faiz Suparman dan Encik Mohd Azis Abdullah.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman tentang akauntabiliti, pentadbiran, kewangan dan sebagainya. 

Peserta juga diharapkan agar mampu mengaplikasi elemen peraturan dalam tugas dan tanggungjawab  dalam kerja seharian dan mengenal pasti implikasi sekiranya tidak kompeten dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.

Peserta kursus berpendapat bahawa pelbagai topik yang diulas bersesuaian dan pelbagai contoh yang diberikan relevan dengan topik tersebut. 

Salah seorang peserta menyatakan bahawa beliau baru pertama kali menyertai kursus ini dan ia memberikan banyak maklumat baharu kepadanya. 

Maklum balas daripada peserta juga menyatakan bahawa penceramah memberi penerangan maklumat berkaitan pengurusan dengan jelas kepada peserta terutama mereka yang bukan daripada lapangan pengurusan.

Disediakan oleh: Abdul Rahman Jaafar

Date of Input: 04/05/2021 | Updated: 04/05/2021 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDTPAx~