Latihan Persediaan Persaraan | PEJABAT PENDAFTAR
» ARTIKEL » Latihan Persediaan Persaraan

Latihan Persediaan Persaraan

LATIHAN PERSEDIAAN PERSARAAN

Persaraan merupakan satu fasa penting dalam kehidupan bagi seorang pekerja. Fasa ini merupakan satu tahap yang menentukan seseorang itu mampu untuk menjalani kehidupan mereka dengan penuh berkualiti. Seseorang yang tidak bersedia untuk bersara pasti akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan alam persaraan. Justeru itu, UPM telah menyediakan Latihan Persediaan Persaraan kepada staf sebagai persediaan menghadapi alam persaraan kelak. Antara objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui latihan yang boleh memberi nilai tambah kepada kerjaya baharu yang bakal diceburi oleh bakal pesara. Pengurusan kerjaya yang betul dapat membantu pesara untuk mengetahui sejauh mana kemampuan mereka dengan pekerjaan baru malah dapat menyesuaikan diri dengan situasi pekerjaan. Disamping itu, melalui latihan ini juga bakal pesara dapat mewujudkan jaringan kerjasama dengan agensi yang terlibat sekaligus meningkatkan tahap keyakinan diri dalam bidang yang bakal diceburi. Latihan ini boleh dijalankan di mana-mana universiti, institusi, agensi atau syarikat di dalam negara. Antara bidang yang boleh diceburi oleh bakal pesara adalah seperti perniagaan, keusahawanan, pendidikan dan lain-lain. Setiap bakal pesara hanya dibenarkan memilih satu (1) bidang sahaja dan tempoh yang ditetapkan untuk mengikuti Latihan Persediaan Persaraan adalah kurang dari tiga (3) bulan bergantung kepada kelulusan dari Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ). Permohonan perlu mendapat kelulusan dari Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan dikemukakan selewat-lewatnya satu (1) sebelum latihan dijalankan dan dihantar ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar. Untuk maklumat lanjut, sila layari GARIS PANDUAN LATIHAN PERSEDIAAN PERSARAAN.pdf

 

Tarikh Input: 08/08/2020 | Kemaskini: 10/09/2021 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdEAn~