Tingkat Produktiviti Staf, Wadah UPM Untuk Terus Berdaya Saing | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Tingkat Produktiviti Staf, Wadah UPM untuk Terus Berdaya Saing

Tingkat Produktiviti Staf, Wadah UPM untuk Terus Berdaya Saing

Serdang, 23 November - Satu Bengkel Sumbang Saran Peningkatan Produktiviti Staf bersama Pentadbir Pusat Tanggungjawab telah diadakan di Foyer Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Bengkel selama satu hari ini dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Tujuan bengkel ini adalah untuk membincangkan isu produktiviti staf di UPM dan cadangan serta tindakan yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan. 

Peserta bengkel terdiri daripada Ketua Pentadbir Fakulti, pentadbir institut dan kolej. 

Turut serta Puan Suhana Md Chairi (Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Encik Azizi Ismail (Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia) dan ketua-ketua seksyen di Pejabat Pendaftar. 

Sesi perkongsian semasa bengkel disampaikan oleh pegawai daripada MPC, iaitu Puan Nurhanim Abd Ghani, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kecemerlangan Organisasi, Encik Josffa Ismail, Timbalan Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. 

Encik Asmawadi Mohamed, Pengurus Kanan Bahagian Produktiviti dan Daya Saing bertindak selaku fasilitator bengkel tersebut.

Bengkel ini telah dijalankan mengikut tentatif yang dirancang, iaitu taklimat daripada pihak MPC dan sumbang saran isu produktiviti PTJ.

Di akhir sesi bengkel, peserta mengadakan perbincangan cadangan projek dan membuat pembentangan kumpulan mengikut kluster fakulti, institut, kolej dan Pejabat Pendaftar.

Oleh: Abdul Rahman Jaafar

Date of Input: 02/12/2022 | Updated: 02/12/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEaPAG~