Pejabat Pendaftar Anjur Bengkel Penggubalan Soalan Dan Skema Jawapan Peperiksaan Perkhidmatan Tahun 2024/2025 | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Pejabat Pendaftar anjur Bengkel Penggubalan Soalan dan Skema Jawapan Peperiksaan Perkhidmatan Tahun 2024/2025

Pejabat Pendaftar anjur Bengkel Penggubalan Soalan dan Skema Jawapan Peperiksaan Perkhidmatan Tahun 2024/2025

Serdang, 21 Februari - Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia (HRS), Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Bengkel Penggubalan Soalan dan Skema Jawapan Peperiksaan Perkhidmatan Tahun 2024/2025 dari 21 hingga 23 Februari 2024 bertempat di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Seramai 30 orang penggubal telah dilantik dalam kalangan pegawai UPM. 

Bengkel ini turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai penceramah dan juga fasilitator sepanjang tempoh bengkel tersebut berlangsung.

Secara dasarnya, HRS dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan kepada pegawai lantikan baharu melalui Peperiksaan Perkhidmatan bagi Tujuan Pengesahan dalam Pekhidmatan.

Sebagai pelaksana peperiksaan perkhidmatan tersebut, bahagian ini bertanggungjawab untuk memastikan tahap soalan yang digubal dan skema jawapan yang diberikan haruslah menepati Tahap Keperluan Penguasaan (TKP) mengikut subjek dan bentuk soalan berdasarkan kepada gred sesuatu jawatan tersebut.

Antara objektif bengkel ini diadakan adalah untuk menggubal soalan berdasarkan taksonomi dan skema jawapan mengikut tahap yang telah ditetapkan dalam sukatan peperiksaan dan memastikan soalan yang digubal memenuhi kata makna tugas, tatabahasa dan struktur ayat yang tepat dan betul.

Selain itu, tujuan bengkel ini juga adalah untuk menyediakan skema jawapan mengikut kepada pecahan soalan yang disediakan secara menyeluruh mengikut subtopik untuk dijadikan bank soalan. 

Disediakan oleh: Siti Nadirah Mat Na’ain

Date of Input: 11/03/2024 | Updated: 11/03/2024 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXFdTAt~