Taklimat Dan Penyerahan Surat Pertukaran Pelantikan Melalui Pemberian Opsyen | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Taklimat dan Penyerahan Surat Pertukaran Pelantikan Melalui Pemberian Opsyen

Taklimat dan Penyerahan Surat Pertukaran Pelantikan Melalui Pemberian Opsyen

SERDANG, 4 Julai – Pejabat Pendaftar telah melaksanakan Taklimat Penyerahan Surat Pertukaran Opsyen bagi Jawatan Pegawai Penyelidik Sosial, Pegawai Penerbitan, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pegawai Kebudayaan, Penolong Pegawai Penerbitan dan Pembantu Penerbitan bertempat di Dewan Senat, Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sesi taklimat selama hampir 2 jam bermula pada 9.00 pagi ini disampaikan oleh Puan Suhana Md Chairi, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UPM. 

Taklimat ini merupakan kesinambungan daripada cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semasa Sesi Runding Cara permohonan perjawatan bagi Anggaran Belanja Mengurus (ABM) tahun 2020 dan ABM tahun 2022 untuk skim fleksi yang meliputi beberapa jawatan diletakkan pada satu skim dominan berdasarkan kesesuaian. 

Sehubungan itu, beberapa jawatan di UPM terlibat dengan perubahan ini, iaitu Pegawai Belia dan Sukan (Skim S - ditangguhkan pelaksanaan), Pegawai Hal Ehwal Islam (Skim S), Pegawai Penyelidik Sosial (Skim N), Pegawai Penerbitan (Skim N), Penolong Pegawai Penerbitan (Skim N) dan Pembantu Penerbitan (Skim N) serta Pegawai Kebudayaan (Skim B). 

Kesemua skim ini telah ditawarkan pertukaran pelantikan kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di bawah klasifikasi Pentadbiran dan Sokongan (N). 

Seramai 40 staf yang terlibat dengan pertukaran pelantikan ini hadir untuk mendengar taklimat berhubung syarat pertukaran pelantikan dan menerima salinan surat tawaran.

Turut hadir bersama sesi taklimat tersebut ialah Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan wakil untuk memastikan pelaksanaan pertukaran ini dapat berjalan dengan lancar dan diselaraskan di peringkat PTJ. 

Disediakan oleh: Noremy Busu

 

Date of Input: 06/07/2022 | Updated: 06/07/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXFbNAf~