Pertandingan Dalaman EKSA 2022 Serlah Kebersamaan, Kesepakatan Warga Pejabat Pendaftar | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Pertandingan Dalaman EKSA 2022 serlah kebersamaan, kesepakatan warga Pejabat Pendaftar

Pertandingan Dalaman EKSA 2022 serlah kebersamaan, kesepakatan warga Pejabat Pendaftar

SERDANG, 3 Jun – Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Sektor Awam (EKSA) merupakan inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S dengan penambahbaikan beberapa elemen baharu,  iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi. 

Mengambil kira kepentingan pembudayaan persekitaran tempat kerja yang selamat, selesa dan positif, Pejabat Pendaftar telah melaksanakan Pertandingan Dalaman EKSA 2022.

Penjurian pertandingan ini diadili oleh Ketua Juruaudit EKSA yang dilantik oleh Pejabat Pendaftar, iaitu Puan Nurainakmal Kamal Bahrin daripada Pusat Pertanian Putra.

Beliau dibantu oleh ahli Jawatankuasa Audit EKSA Pejabat Pendaftar yang terdiri daripada Encik Ahmad Mokhtar Abdullah, Encik Mohd Muzairy Musa dan Encik Mohd Zaidi Mohd Zin.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan merangkumi Zon Terbaik, Sudut EKSA Terbaik dan Ruang Terbaik.

Lima zon yang bertanding ialah Zon Jabir Ibn Hayyan (Bahagian Pembangunan Sumber Manusia – HRD), Zon Umar al-Khattab (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia – HRM), Zon Ibn Khaldun (Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia - HRS), Zon Abu Bakar as-Siddiq (Seksyen Pentadbiran dan Kewangan), dan Zon Al-Mawardi (Unit Pos).

Pemenang tempat pertama bagi Zon Terbaik ialah Zon Umar al-Khattab, diikuti oleh Zon Ibn Khaldun (kedua) dan Zon Jabir Ibn Hayyan (ketiga).

Manakala pemenang bagi kategori Sudut EKSA Terbaik diraih oleh Zon Umar al-Khattab dan Zon Ibn Khaldun.

Bagi kategori Ruang Terbaik pula, pemenang ialah Zon Ibn Khaldun, Zon Jabir Ibn Hayyan, Zon Umar al-Khattab dan Zon Abu Bakar as-Siddiq.

Amalan EKSA memberikan impak yang cukup signifikan kepada staf Pejabat Pendaftar dari segi semangat kerjasama dan kebersamaan dalam menjalankan apa jua aktiviti di tempat kerja.

Dengan pelaksanaan pertandingan dalaman ini diharap dapat dimanfaatkan oleh semua staf untuk memupuk budaya kreatif dan inovatif ke arah kecemerlangan organisasi. 

Disediakan oleh: Nor Azila Azmi

 

Date of Input: 29/06/2022 | Updated: 29/06/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXFbNAf~