Pejabat Pendaftar UPM Anjur Bengkel ‘Colour You Beautiful’ Bersama Staf UPNM | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Pejabat Pendaftar UPM anjur bengkel ‘Colour You Beautiful’ bersama Staf UPNM

Pejabat Pendaftar UPM anjur bengkel ‘Colour You Beautiful’ bersama Staf UPNM

Sungai Besi, 6 Julai - Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia telah mengadakan sesi pemindahan ilmu berkaitan Terapi Warna kepada warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Program ini merupakan anjuran Pusat Kaunseling, Kerjaya dan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,UPNM dengan nama ‘Colour You Beautiful’ bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin UPNM.

Pelaksanaan program secara bersemuka ini adalah inisiatif dalam perkongsian ilmu dan aktiviti sebar luar pengetahuan berkaitan mengenali diri dan mendalami personaliti dalaman diri serta insan dan alam persekitaran melalui warna kepada staf. 

Pada masa yang sama, ilmu tentang warna yang diperoleh melalui penyertaan dalam bengkel ini mampu menyuntik semangat staf dalam menata penampilan diri di tempat kerja, seterusnya menyumbang kepada motivasi staf untuk hadir bekerja dengan lebih ceria dan bersemangat.

Ketibaan Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, iaitu Pegawai Psikologi Kanan merangkap Ketua Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pejabat Pendaftar UPM selaku penceramah bagi program bengkel ini telah disambut mesra oleh Encik Rafizul Rozlee, Ketua Penolong Pendaftar daripada Pejabat Pendaftar UPNM (mewakili Puan Pendaftar UPNM, Puan Fazielah Mohamad), Encik Sharizan Samad, Ketua Pegawai Psikologi,Pusat Kaunseling, Kerjaya dan Alumni, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TNC HEPA)) UPNM,  dan Puan Nor Faizah Ismail, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya, Pusat Kaunseling, Kerjaya dan Alumni, Pejabat TNC HEPA UPNM.

Selain itu, turut hadir ialah Encik Muhamad Nurhafiz Mazlan, Pegawai Psikologi Kanan daripada Bahagian Bimbingan Kerjaya Pelajar, Pusat Kaunseling, Kerjaya dan Alumni, Pejabat TNC HEPA UPNM dan Puan Norzunairah Mohamed Nor, Penolong Pendaftar Kanan merangkap Ketua Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UPNM. 

Turut hadir dalam program ini ialah Cik Salmee Suhana Hashim, Penolong Pendaftar Kanan daripada Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pejabat Pendaftar UPM.

Program bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Shahrizan Samad dan diikuti dengan perasmian bengkel oleh Encik Rafizul Rozlee.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 35 orang staf UPNM dan mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta dengan penglibatan mereka secara aktif dan positif dalam setiap aktiviti sepanjang bengkel tersebut. 

Perkongsian ilmu tersebut berlangsung dalam suasana harmoni dan memanfaatkan kedua-dua belah pihak.

Pada akhir sesi program, Puan Nor Faizah Ismail telah menyampaikan cenderahati kepada Puan Siti Fatimah Abdul Ghani sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas perkongsian ilmu dan komitmen dalam menjayakan program bengkel yang telah diadakan.

Disediakan oleh: Salmee Suhana Hashim

Date of Input: 18/07/2023 | Updated: 18/07/2023 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEdGAb~