PEJABAT PENDAFTAR KONGSI PELAKSANAAN PROSES KERJA SUMBER MANUSIA BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR (UTMKL) | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » PEJABAT PENDAFTAR KONGSI PELAKSANAAN PROSES KERJA SUMBER MANUSIA BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR (UTMKL)

PEJABAT PENDAFTAR KONGSI PELAKSANAAN PROSES KERJA SUMBER MANUSIA BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR (UTMKL)

Serdang, 20 Disember – Pejabat Pendaftar UPM melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia telah menerima lawatan penanda aras daripada Bahagian Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (UTMKL)

Delegasi lawatan diketuai oleh Tuan Haji Mohd Najib Masroom, Ketua Bahagian Pendaftar, UTMKL bersama 20 orang staf Bahagian Pendaftar, UTMKL yang terdiri daripada 2 orang Pegawai Tadbir dan 18 orang Pelaksana.

Ketibaan delegasi disambut oleh Pn. Suhana Md Chairi, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mewakili Pejabat Pendaftar, UPM.

Tujuan lawatan penanda aras ini adalah sebagai medium perkongsian amalan kerja yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, UPM dalam proses kerja Pelantikan Staf, pengurusan Prestasi juga pengurusan Cuti dan Persaraan.

Selain itu, pihak UPM berkongsi juga mengenai sistem-sistem yang diguna pakai di UPM seperti sistem HRPortal, Sistem E-Cuti dan Sistem Penilaian Prestasi sebagai medan utama dalam pelaksaan kerja di UPM.  Hasil perkongsian tersebut, pihak UTMKL mendapat input dan output berkenaan amalan Pelantikan Staf, pengurusan penilaian Prestasi dan pengurusan Cuti dan Persaraan di UPM.

Turut hadir semasa sesi lawatan tersebut ialah Cik Siti Ima Munirah Ahmad, Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pn. Rosna Jasin, Ketua Seksyen Saraan dan Prestasi dan En. Mohammad Fakarrudeen Zulkifli, Ketua Seksyen Pelantikan yang telah memberikan penerangan berkenaan proses kerja di Pejabat Pendaftar, UPM. 

Pada akhir sesi lawatan, wakil dari kedua-dua UA telah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda penghargaan atas lawatan dan perkongsian yang telah diadakan.  Pejabat Pendaftar berharap agar lawatan dan perkongsian ilmu seumpama ini dapat diteruskan dengan Universiti Awam (UA) yang lain untuk meningkatkan ilmu dan mengeratkan hubungan antara pentadbir dalam pelaksanaan amalan sumber manusia di UA masing-masing.

 

Disediakan oleh : Nor Syafiqah binti Ishak

Date of Input: 21/12/2023 | Updated: 21/12/2023 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDBNAP~