LAWATAN KERJA KE UNIT INTEGRITI DAN OMBUDSMAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » LAWATAN KERJA KE UNIT INTEGRITI DAN OMBUDSMAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

LAWATAN KERJA KE UNIT INTEGRITI DAN OMBUDSMAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Bangi, 22 Februari 2024 (Khamis) – Bahagian Governan dan Integriti, Pejabat Pendaftar telah mengadakan Lawatan Kerja ke Unit Integriti dan Ombudsman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Encik Azizi bin Ismail, Ketua Bahagian Governan dan Integriti yang turut disertai oleh Puan Nabihah binti Abdol Razak, Ketua Seksyen Integriti dan empat (4) orang pegawai Bahagian Governan dan Integriti.

Kehadiran rombongan lawatan telah disambut oleh Ketua Unit Integriti dan Ombudsman Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin dan Pegawai Ombudsman, To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda.

Lawatan dimulai dengan taklimat dan perkongsian berkenaan dengan fungsi dan peranan Unit Integriti dan Ombudsman UKM. Selaras dengan objektif lawatan ini antaranya adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan pembentukan Unit Ombudsman di samping melihat ruang penambahbaikan proses kerja bagi memastikan tadbir urus dan amalan terbaik pengurusan yang boleh diguna pakai di UPM. Selain itu juga, lawatan ini sebagai salah satu platform pengukuhan jaringan kerjasama antara UPM dan UKM.

Date of Input: 23/02/2024 | Updated: 23/02/2024 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEYOAn~