Kursus Komunikasi Efektif Teras Organisasi | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Kursus Komunikasi Efektif Teras Organisasi

Kursus Komunikasi Efektif Teras Organisasi

Serdang, 20 September – Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Komunikasi Efektif Teras Organisasi bertempat di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh penceramah yang berwibawa, iaitu  Prof. Madya Dr. Nor Azura Adzharuddin, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Sebanyak 30 peserta yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional UPM menghadiri kursus sehari ini. 

Melalui kursus ini, staf diberikan pendedahan tentang kaedah berhubung dan bekerja dengan orang lain serta boleh mengawal keberkesanan prestasi apabila berhadapan dengan tekanan dan kesukaran persekitaran secara tiba-tiba.

Selain itu, peserta juga dibimbing supaya mampu berkomunikasi secara lisan dengan tahap tinggi dan berupaya mempengaruhi orang lain yang mempunyai pendapat dan tahap pemahaman berbeza.

Mereka juga mampu menyediakan penulisan yang kompleks seperti kertas kerja dan laporan dengan menggunakan contoh dan data yang kritikal dan efektif.

Seterusnya peserta berupaya mendengar dan memahami arahan kompleks yang disampaikan serta memparafrasa pendapat yang berbeza, dan dapat membuat pembentangan yang jelas dengan menyampaikan topik kompleks secara berkesan kepada pelbagai audiens dengan penggunaan alat bantuan audio visual.

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

Date of Input: 26/09/2023 | Updated: 26/09/2023 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEdEAH~