Amalan Protokol, Kemahiran Sosial Bantu Staf Kendali Majlis Rasmi, Korporat | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Amalan protokol, kemahiran sosial bantu staf kendali majlis rasmi, korporat

Amalan protokol, kemahiran sosial bantu staf kendali majlis rasmi, korporat

SERDANG, 8 April – Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Kursus Pengurusan Acara dan Protokol pada 8 April 2021 secara bersemuka bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Seramai 32 peserta daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) gred 41 ke atas dan juga Kumpulan Pelaksana menghadiri kursus sehari ini.

Kursus dikendalikan oleh Cik Norzaina Darus, Penolong Pendaftar Kanan, Fakulti Sains dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang amalan protokol serta kemahiran sosial dalam sesebuah majlis rasmi/korporat. 

Kursus ini juga mampu menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial yang berkaitan dengan urusan pekerjaan seharian dan urusan pengendalian dan keterlibatan dalam pelbagai bentuk majlis rasmi/korporat.

Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara staf daripada pelbagai pusat tanggungjawab di UPM.

Peserta kursus berpendapat bahawa latihan berkumpulan dapat mengesan kekurangan dalam menguruskan acara serta menambah ilmu.

Maklum balas daripada peserta juga menyatakan bahawa cara penyampaian oleh penceramah dapat menarik minat audiens dalam perkongsian ilmu.

Disediakan oleh: Abdul Rahman Jaafar

Date of Input: 08/05/2021 | Updated: 08/05/2021 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
BUKbOA6:14:04