Ketetapan Terkini Berkenaan Bekerja Dari Rumah (BDR) | PEJABAT PENDAFTAR
» ARTIKEL » Ketetapan Terkini Berkenaan Bekerja Dari Rumah (BDR)

Ketetapan Terkini Berkenaan Bekerja Dari Rumah (BDR)

KETETAPAN TERKINI BERKENAAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

Saya dengan hormatnya merujuk kepada keputusan Kerajaan yang telah mengeluarkan

arahan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di

Sandakan, Papar, Tuaran (Sabah) dan Klang berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam

pada 9 Oktober 2020.

  1. Jawatankuasa ERT UPM telah menimbang perkara ini dan bersetuju untuk

membenarkan pegawai UPM yang tinggal di kawasan tersebut untuk Bekerja Dari Rumah

(BDR) bermula 9 Oktober 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan

kemudian.

  1. Bagi kes yang mana sekolah/tadika/taska yang diarahkan tutup atau masih

mengamalkan penggiliran, pegawai boleh mengemukakan permohonan BDR bagi

tempoh anak yang berkenaan tidak dapat hadir ke sekolah /tadika/taska berkenaan.

  1. Sehubungan itu, pegawai yang perlu bekerja secara BDR perlu mengambil tindakan

seperti berikut :-

(a) Mengisi Borang Kebenaran Bekerja Dari Rumah Dalam Tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang boleh diperolehi melalui pentadbir

Pusat Tanggung Jawab (PTJ) masing-masing.

(b) Memperoleh pengesahan sekolah (jika berkaitan) dan sokongan daripada Ketua

PTJ.

(c) Permohonan bekerja secara BDR perlu dikemukakan untuk kelulusan Pendaftar

setelah mendapat sokongan Ketua PTJ.

 

  1. Ketetapan di atas adalah berkuat kuasa serta merta dan bergantung kepada keadaan

dan ketetapan Kerajaan berkenaan PKPB dari semasa ke semasa.

Tarikh Input: 16/10/2020 | Kemaskini: 10/09/2021 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEUMAw~