PERKHIDMATAN BAHAGIAN GOVERNAN DAN INTEGRITI | PEJABAT PENDAFTAR
» PERKHIDMATAN » PERKHIDMATAN BAHAGIAN GOVERNAN DAN INTEGRITI

PERKHIDMATAN BAHAGIAN GOVERNAN DAN INTEGRITI

Bagi menyokong padu dan menyambut arahan dan seruan Kerajaan dalam merealisasikan penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam, Unit Integriti Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada Jun 2014. Ia adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6/2013 dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Kali ke-512, di mana ketika itu Unit Integriti pada asalnya diletakkan di bawah Pejabat Naib Canselor berkuatkuasa pada 1 Mac 2014. Namun pada 2 Disember 2020, struktur keseluruhan Universiti telah diteliti semula dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Kali ke-731 bersetuju meluluskan penstrukturan semula Unit Integriti dengan nama baharu iaitu Bahagian Governan dan Integriti dan diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar.

 

Bahagian Governan dan Integriti berperanan mengawal selia, menyelaras dan memantau pelaksanaan tadbir urus yang berkualiti, cekap dan berintegriti selaras dengan matlamat Pelan Strategik UPM yang digariskan bagi mencapai visi UPM untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

Kemaskini:: 28/11/2023 [emy_hana]

PERKONGSIAN MEDIA

X, (08:35:49pm-08:40:49pm, 02 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]