Serdang- Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti ke - 145 telah diadakan pada 8 September 2020 bertempat di Bilik Lembaga, Bangunan Canselori dan dipengerusikan oleh Y.A.M. Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail.
Mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat kali pertama yang dipengerusikan oleh beliau setelah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia yang berkuatkuasa pada 6 Julai 2020.
Y.A.M. Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ghauth bin Jasmon, YBhg. Dato’ Charon Wardini Bin Mokhzani dan YBhg. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjadi ahli Lembaga Pengarah Universiti.
Selain itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti turut mengalu-alukan dan ucapan tahniah kepada YBrs. Puan Rokhoun Nafsiah binti Abd Rashid, YBhg. Dato’ Raihan bin Sharif, YBhg. Dato’ Sri Jailani bin Johari, YBhg. Dato’ Dr. Hasan bin Mad dan YBrs. Puan Norashekin binti Yusof atas perlantikan sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti yang baharu.
Dari kiri hadapan
Dari kiri belakang
Tarikh Input: 14/09/2020 | Kemaskini: 14/09/2020 | mozaid
Bangunan Canselori Putra,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan