DDMS 2.0 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » DDMS 2.0

DDMS 2.0

Serdang, 14 Julai - Pejabat Pendaftar akan mula melaksanakan secara go live aplikasi Digital Document Management System (DDMS 2.0) bagi urusan surat-menyurat fail terbuka bermula pada 13 Julai 2017 (Khamis).

Semua surat masuk (kecuali sulit/rahsia) akan didaftar dan diimbas secara berpusat di Bilik Fail dan Rekod, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar. Semua transaksi urusan rasmi hendaklah menggunakan Sistem Klasifikasi Fail Universiti Putra Malaysia yang terdapat di dalam aplikasi DDMS. Semua fail fizikal di Bahagian/Seksyen perlu ditutup mulai 12 Julai 2017 (Rabu). Tiada penggunaan fail fizikal di Bahagian/Seksyen (kecuali fail fizikal sulit/rahsia) mulai tarikh go live 13 Julai 2017 (Khamis). Fail fizikal (terbuka sahaja) akan diuruskan secara berpusat di Bilik Fail dan Rekod, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar;

Bagi staf yang akan log in pertama kali ke dalam DDMS 2.0, berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan.

BIL.

PERKARA

INFO

(a)

URL DDMS2.0

https://ddms.malaysia.gov.my/

(b)

Pelayar Utama

Google Chrome, Mozilla Firefox, Microsoft Edge dan Internet Explorer

(c)

Kaedah Login Kali Pertama

1.    Capai URL DDMS2.0 (https://ddms.malaysia.gov.my/)

2.    Masukkan Username iaitu nombor kad pengenalan@upm (Contoh: 870211045532@upm)

3.    Pilih menu Forgot Password

4.    Masukkan semula Username dan pilih menu Send Instructions

5.    Emel Reset Password akan dihantar ke emel pengguna

6.    Ikuti menu Reset Password dan masukkanPassword baru (Contoh: mAmpuN01)

7.    Emel pengesahan Login with your new passwordakan diterima di emel pengguna

8.    Pilih menu Login with your new password dan masukkan Username dan Password baru

9.    Selamat menggunakan DDMS2.0

Sebarang pertanyaan mengenai Pelaksanaan Aplikasi DDMS boleh diajukan kepada Pn. Rosna Jasin atau Pn. Siti Nadirah Mat Na’ain.

Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 07/10/2020 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXETLAh~