AKTIVITI 5S SETIAP JUMAAT | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » AKTIVITI 5S SETIAP JUMAAT

AKTIVITI 5S SETIAP JUMAAT

Serdang, 19 Jun – Pejabat pendaftar telah melaksanakan program Aktiviti 5S setiap minggu pada hari jumaat bermula dari 2 Jun 2017 yang lalu.

Program ini adalah untuk mewujudkan satu budaya 5S dikalangan staf pejabat pendaftar didalam melaksanakan tugas harian mereka. Program ini akan dimulakan secara berperingkat yang terdiri daripada sisih, susun, sapu, seragam dan yang terakhir sentiasa amalkan 5S.

 

Objektif 5S Pejabat Pendaftar adalah untuk memastikan:

  1. Menyokong usaha penjimatan kertas dengan penurunan penggunaan berbanding sebelumnya.
  2. Menyokong usaha penjimatan tenaga elektrik sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya.
  3. Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman staf menerusi penilaian audit kendiri.
  4. Memastikan pengurusan stor alat tulis yang efisien dengan memperoleh 100% melalui verifikasi stor tahunan.
  5. Menggalakkan aktiviti ke arah persekitaran hijau dan pembudayaan amalan hijau.

Oleh itu, pada bulan Ogos 2017 pejabat pendaftar akan mengadakan aktiviti Audit Kendiri bagi mengukur dan menilai amalan 5S yang telah dilaksanakan oleh setiap bahagian dan staf pejabat pendaftar.

Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 12/10/2017 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
C1569044876