Kadar cuti dikira berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan. Perkhidmatan yang melayakkan bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh), tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar. Dalam hal ini, kadar cuti rehat yang melayakkan adalah dikira berdasarkan formula berikut:
Contoh Pengiraan Kelayakan Cuti Rehat:

Kelayakan Cuti Rehat bagi tahun 2019 : 152/365 x 25 = 10 hari
Pegawai tidak boleh menghabiskan cuti rehatnya sebanyak 13 hari kerana kelayakan cuti rehat sehingga 01.06.2019 adalah 10 hari sahaja. Sekiranya pegawai menghabiskan kesemua cuti rehat berjumlah 13 hari, maka pegawai akan dikenakan tindakan potongan gaji dan emolumen sebanyak 3 hari berdasarkan peruntukan di dalam Perintah Am Bab C Perkara 14A (a)(b) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 (Kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang diluluskan cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji).
Mengikut Perintah Am Bab C Perkara 37 (b), seseorang pegawai yang mengikuti sesuatu kursus yang melebihi 12 bulan, akan dianggap sebagai telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia telah berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus itu.
Walau bagaimana pun, pegawai layak untuk diberikan cuti rehat tidak melebihi 7 hari kepada mereka yang baharu menamatkan kursus latihan atau pengajian yang memakan masa lebih daripada 12 bulan. Cuti rehat ini hendaklah ditolak dari cuti rehat yang tidak akan berkelayakan mendapat setelah berkhidmat semula. Sebagai contoh : pegawai A masih mempunyai baki cuti rehat sebanyak 2 hari sebelum ia pergi berkursus. Ia layak diberikan cuti sebanyak 2 hari berdasarkan cuti rehat yang ada sebelum berkursus. Kelulusan ini adalah di bawah tanggungjawab Ketua PTJ. Pegawai perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua PTJ selepas melaporkan diri bertugas daripada cuti belajar.
Pegawai yang mengikuti kursus melebihi 12 bulan juga tidak layak untuk membuat permohonan ke hadapan baki cuti rehat dan GCR kerana cuti rehatnya sebelum ia cuti belajar dianggap telah luput.
Proses di atas hanya terpakai kepada pegawai tetap sahaja.
Pegawai/ TAM hendaklah melapor diri satu hari selepas tarikh akhir asal pengajian / tarikh akhir lulus lanjut / tamat pengajian (tamat peperiksaan atau serah tesis untuk viva) / tarikh tiba di Malaysia (bagi pengajian di luar negara) mana yang terawal atau hari berikutnya jika tarikh yang dinyatakan jatuh pada hari Cuti Umum/Kelepasan Am.
Seksyen Cuti Belajar akan mengeluarkan arahan Lapor Diri dan Pegawai/ TAM perlu melapor diri dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan. Kegagalan Pegawai/TAM melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan tindakan pecah kontrak diteruskan.
Pegawai/TAM boleh dipertimbangkan untuk menangguh pengajian. Permohonan penangguhan perlu dibuat 3 bulan sebelum tarikh penangguhan.
Berikut adalah dokumen yang perlu dimajukan untuk memohon penangguhan pengajian:
Seksyen Cuti Belajar akan memaklumkan keputusan kepada pegawai iaitu ;
Jika lulus penangguhan, bagi pegawai yang menyambung pengajian dalam negara, pegawai diminta untuk lapor diri dan kembali bertugas di Pusat Tanggungjawab (PTJ) sehingga tamat tempoh penangguhan. Jika pengajian di luar negara pegawai diminta untuk meneruskan pengajian setelah tamat tempoh penangguhan.
Setelah tamat tempoh penangguhan, pegawai dikehendaki menyambung semula pengajian sehingga tamat dengan menyerahkan bukti pendaftaran kepada Seksyen Cuti Belajar.
Berdasarkan peraturan JPA, tiada konsep cuti dalam cuti atau menggunakan dua (2) kemudahan dalam satu masa. Oleh itu, pegawai yang sedang cuti belajar tidak akan dipertimbangkan cuti bersalin. Justeru, pegawai dinasihatkan untuk memohon penangguhan cuti belajar 3 bulan sebelum tarikh bersalin dan melapor diri bertugas agar permohonan cuti bersalin dapat dipertimbangkan dan direkodkan.
Kemaskini:: 12/03/2020 [syazaliyana]

Bangunan Canselori Putra,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan