BIASISWA DAN ELAUN | PEJABAT PENDAFTAR
» BIASISWA DAN ELAUN

BIASISWA DAN ELAUN

  1. Pihak manakah yang membayar biasiswa dan elaun saya?

    Biasiswa dan elaun pegawai/TAM dibayar oleh penaja. Penaja boleh sama ada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), UPM atau lain-lain penaja (satu penaja sahaja pada satu-satu masa). Pegawai diminta menyemak keputusan mesyuarat yang dimaklumkan melalui surat berkenaan penajaan semasa cuti belajar.

  2. Bilakah bayaran elaun keluarga dan bantuan sewa rumah dibuat?

    Sekiranya penaja adalah UPM, Seksyen Cuti Belajar akan menyediakan syor bayaran mengikut kadar biasiswa yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada pihak Bendahari untuk pembayaran setiap suku tahun (bayaran 3 bulan sekali seperti jadual di bawah). Jumlah sebenar ditentukan di peringkat Bendahari berdasarkan kadar pertukaran matawang semasa.

    BULAN

    PEMBAYARAN

    JANUARI, FEBRUARI, MAC

    DISEMBER

    APRIL, MEI , JUN

    MAC

    JULAI, OGOS, SEPTEMBER

    JUN

    OKTOBER, NOVEMBER, DISEMBER

    SEPTEMBER

    (Tertakluk kepada sebarang perubahan)

    Pembayaran elaun ini adalah terkesan kepada pegawai/TAM yang cuti belajar di luar negara atau pegawai UPMKB yang cuti belajar di UPM Serdang sahaja.

  3. Sekiranya saya membawa pasangan dan 4 anak ke tempat pengajian, adakah UPM akan membiayai anak ke-4 saya?

    Bilangan anak maksima yang dibiayai UPM hanya setakat 3 orang sahaja.

  4. Adakah saya akan menerima Elaun Bantuan Keluarga sekiranya saya bercuti belajar dalam negara dan pasangan saya bekerja?

    Tidak .Bayaran Elaun Bantuan Keluarga hanya kepada yang diluluskan cuti belajar di luar negara ATAU pegawai UPMKB yang diluluskan cuti belajar di UPM Serdang.

    Keluarga hendaklah tinggal bersama-sama pegawai secara terus menerus tidak kurang dari 6 (enam) bulan.

     

  5. Pihak manakah yang membayar elaun keluarga saya?

    Elaun keluarga dibayar oleh UPM tertakluk kepada peraturan sedia ada.

     

  6. Bagaimana cara saya untuk memohon pertambahan elaun keluarga sekiranya saya mendapat cahaya mata baru?

    Perlu membuat permohonan dengan memajukan surat rasmi dan lampiran Borang Penambahan Tanggungan (Pegawai Tetap sahaja) yang boleh didapati di laman web iso UPM reg.upm.edu.my/eISO/.Salinan sijil kelahiran anak juga perlu disertakan. Bagi pegawai yang cuti belajar di luar negara, permohonan dan dokumen boleh dimajukan melalui email Seksyen Cuti Belajar.

     

  7. Sekiranya saya berkahwin semasa dalam tempoh cuti belajar (di luar negara), adakah layak memohon elaun keluarga dan bilakah tarikh mula tajaan elaun keluarga tersebut?

    Boleh memohon dengan syarat pasangan tinggal bersama dengan pegawai sekurang-kurangnya 12 bulan daripada tempoh pengajian atau kelulusan cuti belajar dan biasiswa. Tarikh mula tajaan adalah mengikut tarikh pasangan mula tinggal bersama pegawai.  

     

  8. Jika ahli keluaga mengidap penyakit kronik dan berpanjangan, adakah saya boleh membawa mereka ke luar negara dan memohon elaun keluarga?

    Tidak dibenarkan kerana akan melibatkan pertambahan kos perubatan dan akan menganggu pangajian Pegawai serta akan mengakibatkan pelbagai masalah sekiranya penyakit bertambah kronik semasa di luar negara.

Kemaskini:: 12/03/2020 [syazaliyana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
X, (09:47:10pm-09:52:10pm, 22 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]