Program Transformasi Minda (Akademik) SIRI 1/2017 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Program Transformasi Minda (Akademik) SIRI 1/2017

Program Transformasi Minda (Akademik) SIRI 1/2017

Program Transformasi Minda Kumpulan Pengurusan & Profesional (Akademik) SIRI 1/2017


Serdang, 18 Januari - Program Transformasi Minda Kumpulan Pengurusan & Profesional (Akademik) SIRI 1/2017 anjuran Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar telah tamat semalam. Program ini berlangsung selama tujuh hari bermula dari 9 Januari sehingga 17 Januari 2017 di Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada tenaga pengajar muda mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara serta sistem pentadbiran kerajaan. Program ini juga dilaksanakan bagi memupuk keperibadian jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan dalam menyesuaikan diri di Perkhidmatan Awam. Selain itu, program ini memfokuskan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat menyampaikan perkhidmatan dengan cekap serta berkesan.

 

Dalam menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju, program ini diisi dengan dua modul iaitu Program Transformasi Minda (Modul Umum) yang berlangsung selama 5 hari dan diikuti oleh 2 hari Kursus Penyelidikan & Khidmat Profesional (Modul Khusus). Program ini disertai oleh 49 orang terdiri dari pelbagai PTJ.

        

Antara tajuk-tajuk menarik yang dibentangkan oleh penceramah pada modul pertama adalah; “Pengenalan dan Hala Tuju UPM” oleh Encik Abdullah Arshad (Timb. Pengarah Pej. Strategi Korporat dan Komunikasi), “Sistem Pengurusan Kualiti UPM” oleh Puan Noorizai Mohamad Noor (Ketua, Bahagian Pegurusan Kualiti), “Kepatuhan Kepada Peraturan Universiti” oleh Puan Zainora Abdul Talib (Ketua Bahagian Audit Dalam UPM), “Overview Perkhidmatan Awam & Sistem dan Pentadbiran Negara” oleh Prof. Madya Dr. Rozanah Ab. Rahman (Penasihat Undang-Undang UPM)

 

Modul kedua pula dibuka oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaharin Aris ( Dekan, Fak. Pengajian Alam Sekitar) dengan tajuknya “Matching Expectations”, diikuti oleh tajuk yang lebih mengkhusus didalam bidang penyelidikan iaitu “Towards A Research University Of International Repute” di bawa oleh Prof. Dato' Dr. Abu Bakar Salleh dan “Commercialisation Of Research & Development” dari Prof. Dato' Dr. Mohd Azmi bin Mohd Lila.

 

Dengan adanya program ini diharap pegawai akedami muda UPM dapat lebih bersedia dalam menjalani perkhidmatan di UPM.


Tarikh Input: | Kemaskini: | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
C1569044628