SERDANG, 22 Ogos – Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Encik Muhazam Mansor meraikan kehadiran 68 peserta konvoi Program Kembara Merdeka Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Tahun 2025 yang singgah ke Universiti Putra Malaysia (UPM) selama 2 hari dari 21 hingga 22 Ogos 2025.
Siri jelajah Kembara Merdeka ini berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 2025 melibatkan beberapa lokasi sekitar Lembah Klang dan Melaka, iaitu UPM, Kementerian Pendidikan Tinggi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Konvoi kembara ini turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr. Mohammad Ismail. Turut hadir ialah Pendaftar UMK, Encik Khairul Eruwan Abdul Halim dan Ketua Pentadbiran Pejabat Naib Canselor UMK, Encik Mohd Adzwan Kamaruzaman.

Pada sebelah malam peserta konvoi disajikan dengan Program Malam Gema Kembara Merdeka UMK-UPM di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).
Pelbagai pengisian aktiviti dirancang oleh PKKSSAAS khas untuk menyantuni peserta konvoi UMK seperti persembahan Juara Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ, Sesi Interaksi bersama Penonton, nyanyian solo dan duet residen artis UPM, tayangan video khas Semarak Merdeka UPM dan persembahan Juara Pertandingan Deklamasi Puisi Semarak Merdeka 2025.

Seterusnya, aktiviti istimewa program tersebut ialah persembahan khas deklamasi puisi oleh Pendaftar UPM bersama-sama dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK dan Pendaftar UMK.

Sesi pelepasan peserta konvoi diadakan pada sebelah pagi 22 Ogos 2025 oleh Pendaftar UPM. Turut hadir wakil Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM, Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid, Pengarah Pembangunan, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, Ir. Dr. Maznah Sahran, Bursar, Puan Siti Amira Shukor dan Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Suhana Md. Chairi.
Disediakan oleh: Nor Azila Azmi
Tarikh Input: 28/08/2025 | Kemaskini: 28/08/2025 | mohd.hasrul


Bangunan Canselori Putra,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan