PENCALONAN ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR TAHUN 2018 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » PENCALONAN ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR TAHUN 2018

PENCALONAN ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR TAHUN 2018

Serdang, 24 Disember - Pencalonan Anugerah Fellowship Naib Canselor Tahun 2018 bagi kategori Perkhidmatan Professional telah dibuka. Terdapat tiga kategori pencalonan Perkhidmatan Professional iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional AkademikKumpulan Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik dan Kumpulan Pelaksana.

 

Majlis penganugerahan bagi ketiga-tiga Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Perkhidmatan Profesional seperti akan dilaksanakan dalam Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP 2018) pada 30 April 2019. Anugerah ini merupakan wadah apresiasi terhadap individu di UPM mengikut kumpulan perkhidmatan yang telah mempamerkan mutu perkhidmatan dan sumbangan yang cemerlang dalam aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional serta mengharumkan nama universiti di dalam dan luar negara.

 

Permohonan sebagai calon Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Perkhidmatan Profesional seperti yang dinyatakan di atas adalah melalui Dekan/Pengarah/Ketua Pusat Tanggungjawab yang berkenaan. Manakala permohonan dari Ketua-Ketua PTJ hendaklah dari Pegawai Penilai Pertama seperti ditetapkan dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

 

Calon hendaklah mengemukakan 2 salinan Curriculum Vitae berpandukan kriteria anugerah seperti di lampiran B dan mengisi Ringkasan Maklumat Calon Anugerah Fellowship Naib Canselor seperti dilampiran C, D dan E yang mana berkenaan.

 

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar pada atau sebelum  2 Februari 2019. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini bolehlah berhubung terus dengan Puan Zaleha binti Mohamad Sharif di talian 03-89471503.

 

Lampiran B - SYARAT DAN KRITERIA 

Lampiran C - KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL AKADEMIK 

Lampiran D - KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK 

Lampiran E - KUMPULAN PELAKSANA

 

Tarikh Input: 24/12/2018 | Kemaskini: 27/12/2018 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
C1575886065