SERDANG, 23 Januari – Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Seksyen Perkhidmatan Intervensi telah menerima kunjungan penanda aras daripada Unit Kesejahteraan Staf, Jabatan Sumber Manusia, Univeriti Utara Malaysia (UUM).
Sesi lawatan ini turut disertai oleh Bahagian Kaunseling UPM serta Unit Kaunseling dan Kerja Sosial, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).
Objektif lawatan ini adalah bagi penambahbaikan sistem I-CS untuk meningkatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan staf.
Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk membina jaringan kerjasama antara pihak UUM dengan UPM.

Delegasi UUM terdiri daripada empat pegawai yang diketuai oleh Dr. Asma Mat (Pegawai Psikologi Kanan) bersama tiga Pembantu Tadbir Kanan, iaitu Puan Latifah Abdullah, Puan Mahani Ahmad dan Puan Norwati Abd Wahab.
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat dan perkongsian berkenaan fungsi dan peranan setiap entiti kaunseling di UPM serta perkhidmatan yang disediakan kepada staf UPM dan juga komuniti.
Selaras dengan objektif lawatan ini, sesi perbincangan dan perpindahan maklumat serta pengalaman dilaksanakan secara santai dan harmoni.
Usai lawatan penanda aras, pihak urus setia sempat membawa delegasi UUM ke Farm Fresh@UPM sebagai aktiviti pengisian minda.
Dr. Asma Mat turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak UPM atas perkongsian yang telah dijayakan bersama pada siri lawatan tersebut.

“Harapan saya agar kunjungan ini adalah permulaan bagi siri perkongsian yang seterusnya. Saya melihat banyak ruang penambahbaikan proses kerja serta pembinaan sistem dalam perkhidmatan kaunseling yang boleh dipelajari daripada pihak UPM”, katanya di akhir lawatan tersebut.
Disediakan oleh: Siti Fatimah Abdul Ghani
Tarikh Input: 27/01/2025 | Kemaskini: 27/01/2025 | mohd.hasrul


Bangunan Canselori Putra,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan