Pejabat Pendaftar Terima Lawatan Penanda Aras Daripada UIAM | PEJABAT PENDAFTAR pendaftar
» BERITA » Pejabat Pendaftar Terima Lawatan Penanda Aras daripada UIAM

Pejabat Pendaftar Terima Lawatan Penanda Aras daripada UIAM

SERDANG, 11 Februari  –  Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi lawatan penanda aras yang bertempat di Bangunan Canselori Putra.

Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia UPM, Cik Siti Ima Munirah Ahmad yang merakamkan penghargaan atas kehadiran delegasi bagi perkongsian kepakaran dan amalan terbaik antara kedua-dua universiti dalam beberapa bidang utama. 

Antara pengisian utama perkongsian tersebut termasuklah Pengurusan Dasar Pemisah UPM oleh Pejabat Pendaftar, Kaunseling Staf dan Intervensi Kaunseling oleh Bahagian Kaunseling UPM dan Perkongsian Pusat Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya daripada pihak UIAM sendiri.

Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari sebagai tanda penghargaan dan pengukuhan jalinan kerjasama antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi tersebut.

Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pejabat Pendaftar

Tarikh Input: 13/02/2026 | Kemaskini: 13/02/2026 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
X, (04:43:10pm-04:48:10pm, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]