Pejabat Pendaftar Terima Kunjungan Hormat UKKM | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Pejabat Pendaftar terima kunjungan hormat UKKM

Pejabat Pendaftar terima kunjungan hormat UKKM

SERDANG, 21 Ogos – Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

Delegasi UKKM diwakili oleh Timbalan Pendaftar, Pejabat Pendaftar, Encik Nizarmuhsin Mohamad dan Pegawai Khas Naib Canselor, Encik Mohamad Syaifudin Yahaya.

Ketibaan delegasi disambut mesra oleh Pendaftar UPM, Encik Muhazam Mansor, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Suhana Md Chairi, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Encik Hisyamuddin Hashim dan Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Cik Siti Ima Munirah Ahmad.

Menerusi kunjungan hormat ini yang berlangsung di Bilik Lembaga, Bangunan Canselori Putra, Pejabat Pendaftar UPM berkongsi pengalaman berkaitan pembangunan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), strategi pengurusan sumber manusia serta penilaian prestasi staf yang dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif penanda aras UKKM dalam usaha memperkukuh sistem pengurusan sumber manusia UKKM selaras dengan aspirasi pembangunan institusi pengajian tinggi koperasi di Malaysia.

Dengan kunjungan ini kedua-dua belah pihak berharap akan membuka lembaran baharu bagi jalinan kolaborasi antara UPM dan UKKM dalam bidang pengurusan sumber manusia.

Disediakan oleh: Nor Azila Azmi

Tarikh Input: 28/08/2025 | Kemaskini: 28/08/2025 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
W, (01:27:33am-01:32:33am, 21 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]