Serdang, 4 Oktober – Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah mengadakan Sesi Town Hall: Pengenalan kepada Pensijilan Train-The-Trainer (TTT) di bawah Human Resource Development Corporation (HRDC) di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra.
Sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan kemudahan dan peluang yang disediakan bagi mendapatkan pensijilan TTT di bawah HRDC.
Peserta program sebanyak 68 orang yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana.
Sesi Town Hall ini telah disampaikan oleh Dr. Sudesh a/l Prabhakaran, Penolong Dekan Pembangunan Perniagaan/Pegawai Eksekutif (PE1), Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM.
Turut berkongsi pengalaman semasa sesi tersebut ialah Cik Aishah Mohamed Yusoff, Pegawai Eksekutif (PE3), SPE yang telah memperoleh pensijilan TTT di bawah HRDC.
Oleh: Siti Khadijah Ahmad
Tarikh Input: 03/11/2023 | Kemaskini: 03/11/2023 | mohd.hasrul
Bangunan Canselori Putra,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan