Pejabat Pendaftar Anjur Prabengkel Modul Intervensi Bersepadu Peringkat UPM | PEJABAT PENDAFTAR pendaftar
» BERITA » Pejabat Pendaftar anjur Prabengkel Modul Intervensi Bersepadu Peringkat UPM

Pejabat Pendaftar anjur Prabengkel Modul Intervensi Bersepadu Peringkat UPM

SERDANG, 11 Jun - Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia telah menganjurkan Prabengkel Modul Intervensi Bersepadu Peringkat UPM, bertempat di Foyer Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM. 

Ketua Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pejabat Pendaftar, UPM, Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, prabengkel ini bertujuan untuk menyediakan Modul Intervensi dengan merujuk Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

“Pentingnya garis panduan ini ialah untuk menyediakan prosedur intervensi psikologi yang teratur dalam mengurus kes pegawai yang dirujuk; menyediakan kriteria, tatacara pentadbiran dan pengurusan kes rujukan; dan menghasilkan laporan penilaian yang sistematik dalam memantau kebergunaan, perkembangan atau kemajuan pegawai,” katanya. 

Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Cik Siti Ima Munirah Ahmad pula berkata, Modul Intervensi Bersepadu ini boleh digunakan sebagai sokongan dalam meningkatkan prestasi pegawai seperti yang disyorkan untuk menerima kaunseling/intervensi. 

Menurut beliau, “Ini merupakan inisiatif UPM khususnya dalam membantu staf yang mempunyai isu tertentu dalam kehidupan supaya mereka dapat bekerja dengan lebih cemerlang dan hal kebajikan diambil berat. Bantuan psikologi amat penting bagi memastikan pekerja mempunyai ruang untuk didengari secara kondusif menerusi perkhidmatan profesional dan kepakaran Pegawai Psikologi UPM.” 

Secara keseluruhannya, penelitian modul amat penting untuk menyediakan perkhidmatan intervensi yang bersesuaian dengan kumpulan sasar dalam kalangan staf UPM. 

Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil Pegawai Psikologi daripada Bahagian Kaunseling dan Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Komuniti, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).

Disediakan oleh: Siti Fatimah Abdul Ghani

Tarikh Input: 13/06/2025 | Kemaskini: 13/06/2025 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
X, (05:13:36pm-05:18:36pm, 09 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]